awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2023
10:52 MYT
Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses nyah rahsia itu bakal mengambil masa selewat-lewatnya tiga minggu. - Gambar fail
GOMBAK: Kerajaan negeri bakal nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali yang mengorbankan 31 mangsa dalam kejadian 16 Disember tahun lepas.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses nyah rahsia itu bakal mengambil masa selewat-lewatnya tiga minggu.
Menurutnya, langkah itu bagi boleh membolehkan dokumen tersebut dipamerkan kepada umum.
"Kerajaan negeri tiada masalah untuk dedahkan laporan tersebut kepada orang awam namun dokumen itu masih tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Justeru, kerajaan negeri akan mengeluarkan dokumen itu daripada OSA untuk disiarkan. Perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat
Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Jalan B23 Jalan Sungai Tua dan Kampung Bendahara, di sini pada Jumaat.
Ujar beliau, mesyuarat Exco tersebut dijadualkan berlangsung dua minggu lagi dan tidak dapat diadakan minggu depan susulan beliau mempunyai urusan di luar negara.
Tambah beliau, dokumen tersebut akan disiar ke laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan berkaitan selepas proses nyah rahsia selesai bagi membolehkan orang awam yang berminat dengan kejadian itu mengakses laporan tersebut.
Mangsa yang terselamat dalam kejadian itu sebelum ini memohon kerajaan mendedahkan laporan siasatan bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan.
Pada Januari lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, laporan awal tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, sudah dibentangkan ke Kabinet. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#rahsia rasmi
#laporan penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan