KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa seperti polis bantuan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain di bawah Seksyen 3 Akta Makanan 1983 atau Akta 281 bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat yang tidak dibenarkan.
Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni berkata proses itu akan diteruskan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) selain pemerkasaan masyarakat melalui penglibatan badan bukan kerajaan (NGO), badan profesional dan lain-lain.
"Sehingga kini, terdapat 189 pegawai penguat kuasa dan polis bantuan iaitu 95 penguat kuasa daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 77 polis bantuan daripada Kumpulan Sunway dan 17 polis bantuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sungai Buloh telah diturunkan kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr Noraini Idris berhubung kolaborasi penguatkuasaan oleh kementerian bersama pihak berkaitan dalam membendung perbuatan di tempat awam yang merisikokan orang awam.
Mengulas lanjut, Lukanisman berkata pewujudan ruang khas di luar kawasan kedai makan iaitu tempat diwartakan sebagai tempat larangan merokok perlu mendapatkan kebenaran PBT.
Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 20 Jan 2020 telah mengeluarkan pekeliling iaitu sekiranya mana-mana pihak ingin mengadakan tempat merokok mesti dibina menurut syarat yang ditetapkan dan mendapat kebenaran PBT.
"Tujuan utama adalah untuk memastikan hanya kemudahan asas seperti tempat abu rokok sahaja disediakan bagi mengelakkan perokok berada lama di tempat itu.
"KKM terlibat dalam pelaksanaan oleh PBT untuk memastikan semua input teknikal seperti yang digariskan dalam pekeliling ini dipatuhi," katanya.
Beliau berkata penyediaan tempat merokok di luar kawasan diwartakan adalah bagi memastikan pematuhan kepada peraturan larangan merokok di tempat makan seperti yang termaktub di bawah Peraturan 11(1)(d), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di bawah KKM kekal diikuti bagi melindungi rakyat daripada bahaya asap atau wap produk vape.
Selain itu, ia bagi memastikan kebersihan tempat awam daripada pembuangan puntung rokok merata-rata dan mewujudkan keadaan denormalisasi budaya merokok dalam kalangan masyarakat terutama orang belum dewasa dengan meletakkan tempat merokok jauh daripada pandangan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Lukanisman berkata pewujudan ruang khas di luar kawasan kedai makan iaitu tempat diwartakan sebagai tempat larangan merokok perlu mendapatkan kebenaran PBT. - Gambar fail/Bernama
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.