SEREMBAN: Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson di sini masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna, kata Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Sembilan Kasim Tawe.
Beliau berkata ini berikutan sampel ketiga kupang dan air dari perairan berkenaan yang dianalisis di makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) didapati masih terdapat biotoksin melebihi kadar selamat untuk dimakan.
"Sampel keempat kupang dan air diambil sekali lagi di perairan Port Dickson dan telah dihantar ke makmal PBPKL semalam dan dijangka keputusan analisis makmal akan diketahui pada 26 April nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal PBPKL mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.
Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan. - Gambar hiasan
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Larangan pengambilan kerangan dari perairan Port Dickson masih dikuat kuasa
Masih terdapat biotoksin melebihi kadar selamat untuk dimakan dalam sampel ketiga kupang dan air perairan berkenaan.