awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ranking Zii Jia terus merudum
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larian Bursa Bull Charge berjaya kutip lebih RM1.5 juta

Hilal Azmi
Hilal Azmi
20/08/2015
13:45 MYT
Larian Bursa Bull Charge berjaya kutip lebih RM1.5 juta
Aksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Larian Bursa Bull Charge. - Foto Astro AWANI
Lebih RM1.5 juta ringgit berjaya dikumpul menerusi Larian Bursa Bull Charge yang dianjurkan Bursa Malaysia hari ini.
Penyertaan luar biasa sektor korporat berjaya menarik penyertaan lebih 1,800 peserta daripada lebih 180 syarikat yang terdiri daripada syarikat penarafan awam, bank pelaburan, broker, industri kecil dan sederhana dan juga kementerian.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kejayaan penganjuran Larian Bursa Bull Charge ini membuktikan sokongan badan korporat dalam agenda sukan negara.
"Saya harap ramai lagi badan korporat terlibat dalam agenda kecergasan dan sukan memandangkan tahun ini juga kita akan menjayakan Hari Sukan Negara pada Oktober nanti," katanya ketika ditemui media selepas melepaskan peserta larian di sini.
GALERI FOTO: Larian Bursa Bull Charge 2015
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan menyifatkan sambutan pada tahun ini amat memberansangkan selepas penyertaan bertambah sebanyak 38 peratus berbanding tahun lepas.
"Lebih 1,800 peserta menyertai larian kita tahun ini berbanding tahun lepas, hanya sekitar 1300 orang sahaja.
"Menariknya, tahun ini kita luaskan penglibatan yang juga menampilkan eksekutif muda di samping penglibatan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan sendiri.
"Kita juga telah kenalpasti tujuh badan kebajikan untuk diberikan bantuan hasil daripada kutipan dalam larian pada kali ini," katanya ketika ditemui Astro Awani.
Antara rumah kebajikan yang bakal menerima dana kutipan ini ialah, Persatuan Warga Kerja Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak, Koperasi Ibu Tunggal Pantai Halt Kuala Lumpur Berhad, Persatuan Kebajikan An-Najjah Malaysia, My Performing Arts Agency, Kelab Belia Kalsom, Persatuan Rumah Amal Sabah dan Pusat Inkubator Jahitan Orang Asli Gerik.
Astro Malaysia Holding turut tidak ketinggalan menghantar peserta untuk acara larian ini iaitu dalam kategori Larian CEO 1.5 kilometer dan Larian 5 kilometer.
Kesemua wakil Astro berjaya menamatkan larian biarpun cuaca panas mencabar keupayaan fizikal mereka.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Khairy Jamaluddin
#Larian Bursa Bull Charge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan