awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
10/12/2022
04:12 MYT
Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan
Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa apabila tiada wakil parti itu dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri dalam senarai Kerajaan Perpaduan.
KUCHING: Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa apabila tiada wakil parti itu dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri dalam senarai Kerajaan Perpaduan.
Presidennya, Datuk Larry Sng berkata, kekecewaan itu disebabkan PBM antara parti terawal menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
"Tiada kata-kata yang dapat menyatakan kekecewaan saya dengan senarai kabinet yang diumumkan, walhal PBM merupakan antara yang terawal memberikan dokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 tidak diwakili dalam kabinet," katanya dalam status di Facebook miliknya.
Melangkah ke hadapan, Larry berkata, pihaknya tidak harus membenarkan kepentingan peribadi melangkaui kepentingan nasional.
Jelasnya, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan pimpinan kanan PBM dalam masa terdekat untuk menentukan hala tuju parti tersebut.
"Namun ketika negara ini sedang maju ke hadapan, parti itu juga perlu memainkan peranan untuk mengukuh asas kerajaan yang wujud. Ini yang Malaysia perlukan.
"Saya tidak menolak kemungkinan untuk bergabung atau membina pakatan dengan parti lain, sejajar dengan perancangan awal parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Dalam PRU-15, parti itu hanya menang satu kerusi iaitu di Parlimen Julau, menerusi Larry.
Seorang lagi calon heavyweightnya, Datuk Zuraida Kamaluddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Ampang.
Topic Berkaitan
#PBM
#Larry Sng
#PBM kecewa
#kepentingan peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan