Latheefa Koya yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus melepaskan jawatan tersebut bagi membuktikan bahawa beliau bermaruah dan berintegriti.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, sebagai individu yang sering mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak, Latheefa harus menzahirkan pendirian beliau dengan menolak pelantikan tersebut.
“Ternyata pelantikan tersebut tidak mengikut saluran yang betul tanpa melalui konsultasi JawatanKuasa Khas Parlimen apatah lagi perbincangan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
“Tambahan lagi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui beliau melantik Latheefa tanpa perlu merujuk kepada Kabinet terlebih dahulu.
“Pelantikan dengan cara begini tidak boleh dijadikan amalan dalam kerajaan PH kerana rakyat akan mempertikaikan ketelusan dalam prosedur pelantikan jawatan agensi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
BACA: Lantikan Latheefa, realiti sebenar kelemahan urus tadbir - Bersih 2.0
BACA: Lantikan Latheefa Koya: Tidak perlu persetujuan Kabinet - Tun M
Pelantikan Latheefa yang diumum sebelum ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 1 Jun selama dua tahun.
Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhaya Suruhanjaya terbabit.
Dalam pada itu tegas Syed Badli, semua pihak harus lebih peka dengan kehendak rakyat khususnya dalam menzahirkan janji manifesto seperti yang termaktub dalam Janji ke-14 Buku Harapan.
“Ia dengan jelas menyatakan bahawa di bawah kerajaan Pakatan Harapan: ‘SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri,” jelasnya.
Bersih 2.0 dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan, pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM menggambarkan realiti sebenar kelemahan urus tadbir kerajaan berkenaan penyalahgunaan kuasa yang tidak dapat dielakkan.
Bersih 2.0 bagaimanapun mengalu-alukan pelantikan Latheefa, namun mempersoal proses pelantikannya susulan pengakuan Dr Mahathir bahawa ia dibuat sendiri tanpa berbincang dengan Kabinet.
Astro Awani
Sat Jun 08 2019

SYED BADLI: Pelantikan Latheefa tidak mengikut saluran yang betul tanpa melalui konsultasi JawatanKuasa Khas Parlimen apatah lagi perbincangan dalam Majlis Presiden PH. - Gambar Facebook

Banjir di Perlis pulih, PPS SK Kubang Gajah ditutup
Kesemua 44 mangsa daripada 16 keluarga yang berada di PPS tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk ASM 3
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM681.96 juta.

Donald Trump saman bekas perisik British, penulis dokumen Steele
Perbicaraan dua hari ditetapkan bermula pada 16 Okt, yang dipercayai sebagai perbicaraan pertama dalam tuntutan itu.

Takraw: Malaysia ulangi pencapaian perak, gagal tamatkan dominasi 25 tahun Thailand
Thailand merakam kemenangan 2-0 ke atas skuad sepak takraw Malaysia sekali gus meraih pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut.

'Terima kasih kerana selama ini telah ...' - Noor Nabila
Berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup, usahawan sensasi Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya.

Sukan Asia Hangzhou: Pasukan skuasy wanita mara ke final
Pasukan skuasy wanita negara meneruskan cabaran mereka untuk merampas semula pingat emas acara berpasukan Sukan Asia, selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 dalam separuh akhir.

RM101 juta biasiswa untuk anak Sabah - Hajiji
Beliau berkata peruntukan biasiswa itu memberi manfaat kepada 4,638 pelajar Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Adik dikecam jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, ini respons Bell Ngasri
Bell berkata dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah kehidupan dan orang ramai boleh memberikan apa sahaja pendapat di media sosial.

Edar ketamin lebih 26kg, tiga sekawan berdepan hukuman mati
Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengedar dadah jenis ketamin seberat lebih 26 kilogram minggu lepas.

Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh
Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qura

Wajar mansuh pencen ahli politik, ganti dengan caruman KWSP - Bersih
Kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan memansuhkan pencen ahli Parlimen dan ADUN dengan menggantikannya dengan caruman KWSP.

BERSIH sokong pengumuman Akta Pendanaan Parti Politik
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyokong pengumuman bahawa Kabinet bersetuju untuk menggubal satu Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik.

Pelepasan karbon sifar menjelang 2050 mungkin tertangguh - Majlis Industri Tenaga
Majlis Industri Tenaga (EIC) telah menyuarakan kebimbangan bahawa sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang tahun 2050 berkemungkinan akan ditangguhkan.

Kes Ahmad Zahid: Bersih gesa pihak pendakwaan semak bukti DNAA
Bersih berkata, keputusan membabitkan Presiden UMNO itu tidak boleh diterima susulan pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie.

'Perjanjian damai semua parti untuk reformasi tatakelola, akauntabiliti, kestabilan lebih baik' - Bersih
Bersih menggesa Kerajaan Persekutuan dan pembangkang untuk menjalin perjanjian damai selepas PRN.

BERSIH, Astro AWANI mahu tumpuan PRN kembali kepada isu tempatan
BERSIH berharap orang ramai dapat menyertai kempen ini dengan hashtag kempen #VOTELOKAL dan #UNDILOKAL bagi menyuarakan isu tempatan.

Rasuah Busters gesa segera letak SPRM di bawah Parlimen demi keadilan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bebas menjalankan peranan tanpa sebarang pengaruh eksekutif demi memastikan keadilan kepada semua pihak.

PRN: Calon bertanding diingatkan patuhi larangan 3C - BERSIH
Calon yang bertanding diingatkan agar mematuhi larangan 3C terutama tidak bersyarat (no condition) selain tidak berkempen (no campaign) dan tidak membawa calon (no candidate).

PRN: Umum peruntukan, Ahmad Zahid langgar larangan 3C - Bersih
Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan khas kepada tiga badan sosial di Terengganu telah melanggar dua daripada tiga larangan 3C.

Bom kereta Siti Kasim: 'Ini keganasan terhadap pembela hak asasi manusia' - Bersih
Sebelum ini, polis mengesyaki bom buatan sendiri yang ditemui di bahagian bawah kereta milik Siti Kasim adalah cubaan bunuh.