awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latif, Ziyad tuai emas di Dubai

Bernama
Bernama
14/02/2024
04:40 MYT
Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif dan Muhammad Ziyad terus mempamerkan aksi baik di peringkat antarabangsa. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli terus mempamerkan aksi baik di peringkat antarabangsa, apabila merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.
Pemenang emas Paralimpik sebanyak dua kali, Abdul Latif muncul juara acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dengan lompatan sejauh 7.11 meter (m), sekali gus berada di landasan tepat untuk hatrik emas di Paris 2024.
Athanasios Prodromou (6.81m) dari Greece dan Nikki Tang (6.74m) dari Hong Kong masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.
Sementara itu, Muhammad Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 16.62m untuk ungguli acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).
Ia cukup untuk mengatasi Muhammet Atici (15.12m) dari Turkiye dan Boonkong Sanepoot (12.80m) dari Thailand, manakala seorang lagi wakil negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi menamatkan saingan di kedudukan keempat dengan catatan 12.61m.
Bagi acara lempar cakera berkerusi roda lelaki F54/55/56 (kecacatan fizikal), Muhammad Amir Abdul Raof menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan catatan 26.86m.
Wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE) unggul meraih emas dan gangsa masing-masing menerusi Abdulla Mesbahi meraih (22.90m) dan Sultan Alhamsi (23.10m).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Latif Romly
#Ziyad Zolkefli
#Dubai 2024
#World Para Athletics Grand Prix
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan