awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latifah Merican Cheong meninggal dunia akibat kanser 'esophageal'

Bernama
Bernama
23/06/2018
22:47 MYT
Latifah Merican Cheong meninggal dunia akibat kanser 'esophageal'
Allahyarham Latifah dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara pada 1998 dan pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti. - Gambar fail
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Latifah Merican Cheong meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser "esophageal" pada Jumaat malam.
Menurut anggota keluarganya yang enggan dikenali, Allahyarham Latifah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini kira-kira 10.15 malam di sisi anak-anak dan anggota keluarga yang lain.
"Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Isnin lalu selepas mengadu keletihan dan sakit pada badan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Sabtu.
Beliau berkata jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara pada 11 pagi Sabtu.
Allahyarham Latifah dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara pada 1998 dan pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan jawatan terkininya ialah Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA).
Anak kelahiran Air Itam, Pulau Pinang itu meninggalkan suami Cheong Kwok Yew dan tiga anak lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNM
#esophageal
#Gabenor
#Latifah Merican Cheong
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan