BATU GAJAH: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 'Counter Terrorist Team' Pasukan Gerakan Khas 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kemampuan dan teknik dalam menghadapi ancaman pengganas di kawasan tumpuan orang ramai seperti lapangan terbang atau stesen kereta api.
LDP itu yang diadakan di Akademi Keretapi Malaysia (MyRa) di sini semalam, disertai kira-kira 60 pegawai dan anggota 69 Komando serta tujuh aset darat dan udara dan turut mendapat kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah dan kakitangan MyRa.
Komander 69 Komando SAC Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff berkata latihan itu diadakan untuk meningkatkan kemahiran dalam penugasan pasukan 69 Komando mengenai sesuatu keputusan yang perlu diambil semasa menghadapi ancaman pengganas ketika berlakunya operasi sebenar.
"Apabila kita melancarkan sesuatu serangan untuk menghadapi pengganas, kita akan mengkoordinat rancangan dan pelan tindakan yang perlu diambil dengan mengambil kira kelemahan dan kekuatan pasukan dan musuh.
"Kita perlu membiasakan dan sentiasa bersedia dalam apa-apa operasi yang melibatkan orang ramai seperti lapangan terbang atau stesen kereta api yang kemungkinan menjadi tumpuan atau sasaran pengganas kepada orang ramai," katanya ketika ditemui pemberita selepas latihan berkenaan di sini.
Turut hadir menyaksikan latihan tersebut adalah Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif, Ketua MyRA James Warren serta Pengurus Kanan Depoh Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Batu Gajah Zuraime Mohamad.
Pada latihan itu, sekumpulan pengganas yang dikenali sebagai 'Arung Palakka' telah menculik orang kenamaan dan pemandu peribadinya di sebuah stesen minyak di Batu Gajah sebelum melarikan mereka dengan menaiki sebuah ETS milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad).
Turut dijadikan 'tebusan' oleh kumpulan pengganas itu beberapa orang awam dengan petugas KTMB yang berada di dalam ETS berkenaan.
Rentetan daripada kejadian itu, Komander 69 Komando telah mengarahkan Skuadron Bravo untuk menyelamatkan tebusan dan meneutralkan pengganas di kawasan berkenaan.
Latihan yang dilaksanakan kira-kira sejam itu turut disusuli dengan bunyi letupan dan beberapa das tembakan untuk menumpaskan pengganas yang nyata memberi satu gambaran ancaman sebenar yang dihadapi oleh pasukan PDRM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Anggota 69 Komando berjaya menyelamatkan tebusan dalam latihan akhir Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 'Counter Terrorist Team' Pasukan Gerakan Khas 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM. - Foto BERNAMA
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
11 penuntut kursus asas komando akan sambung latihan - PTD
Kesemua 11 penuntut kursus asas komando Kem Sungai Udang yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang akan menyambung kembali latihan.