awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan praktikal beri kefahaman menyeluruh tentang sistem demokrasi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/08/2023
13:32 MYT
Latihan praktikal beri kefahaman menyeluruh tentang sistem demokrasi
Muhammad Mahdiyen Nafiz (empat dari kiri) dipilih sebagai pendebat terbaik bagi sesi ini.
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pendidikan politik di sekolah menengah perlu diperkasakan melalui latihan secara praktikal supaya belia dapat memahami sistem demokrasi negara.
Perkara itu dibahaskan 10 pendebat pada Debaton Parlimen Belia 2023 bertajuk ‘Implementasi Pendidikan Politik di Sekolah Menengah’ yang berlangsung di Parlimen, hari ini.
Wakil dari blok kerajaan, Muhammad Mahdiyen Nafiz Mohd Azizi berkata, pendidikan politik perlu dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah menengah bagi memberi pendedahan terhadap sistem demokrasi dan politik, seterusnya membolehkan rakyat menggunakan hak mereka sebaik mungkin.
"Pembaharuan harus kita mulakan dengan pengenalan pendidikan politik dalam perkara asas seperti kelas demokrasi.
"Kita tak perlu mewujudkan mata pelajaran baharu dan menukar untuk ke sekian kalinya dasar pendidikan. Kalau tukar menteri, mereka akan tukar dasar, itulah kesukaran yang dihadapi.
"Tidak timbul isu pendidikan yang membebankan guru dan murid. Kita hanya perlukan modul penyertaan yang lebih holistik yang akan mendidik pelajar semangat demokrasi," katanya yang dipilih sebagai pendebat terbaik bagi sesi ini.
Tambahnya, pelaksanaan Undi18 menjadikan isu pendidikan politik sangat mustahak kerana salah faham tentang sistem akan mengakibatkan kemudaratan yang berpanjangan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj dalam ucapan penutupnya menegaskan, pendidikan politik menjadi satu kepentingan hari ini kerana persekitaran yang semakin berubah, terutama dengan kewujudan kempen di media sosial yang sangat mudah mempengaruhi pemikiran anak muda.
"Persekitaran politik dalam negara sudah dicemari dengan tindakan beberapa ahli politik yang meracuni pemikiran anak-anak muda.
"Saya yakin rata-rata menjadikan apa juga matlamat yang dipertontonkan di laman media sosial sebagai pegangan akhir untuk mereka berkonklusi tentang politik negara.
"Senario ini boleh mendatangkan bahaya kepada kemajuan demokrasi, " katanya.
Sesi perbahasan itu dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui.
Sesi berkenaan merupakan salah satu daripada tiga sesi dalam siri ketiga Debaton Parlimen Belia 2023.
Lebih 100 pendebat dalam kalangan anak muda diberi peluang mengambil bahagian bagi membincangkan pelbagai dasar dan polisi di Malaysia.
Selain isu pendidikan politik, turut dibahaskan ialah isu alam sekitar dan kos sara hidup rakyat.
Topic Berkaitan
#debaton parlimen belia
#pendidikan politik
#Parlimen
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan