KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan peningkatan kadar penyertaan wanita dalam ekonomi serta tenaga buruh, menerusi penawaran program kemahiran di Laman Wanita (LaWa), kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata usaha itu dapat membantu golongan wanita menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.
"Hal ini selaras dengan inspirasi Ekonomi Madani untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita kepada 60 peratus.
"LaWa kini menjadi pusat aktiviti setempat, yang menawarkan pelbagai program dan aktiviti pemerkasaan wanita melalui aspek peningkatan kemahiran asas, selain mewujudkan jaringan sosial serta pusat maklumat asas tentang pelbagai isu wanita," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Terdahulu beliau merasmikan LaWa Negeri Cik Siti Wan Kembang bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di sini.
Nancy berkata kesemua program dan aktiviti itu, menyokong aspirasi pemerkasaan wanita merangkumi aspek ekonomi, kesejahteraan, keselamatan serta kepimpinan diberikan perhatian khusus kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"LaWA turut melaksanakan program dan aktiviti melalui kolaborasi strategik bersama-sama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).
"Secara keseluruhannya, pada masa ini Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempunyai 14 LaWa di tujuh negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya.
Nancy berkata secara khusus, di Kelantan terdapat dua LaWa iaitu di Kota Bharu dan Tanah Merah, malah sepanjang tahun lalu, sebanyak 152 program dilaksanakan Pejabat Pembangunan Wanita (PPWN) Kelantan yang disertai komuniti, ibu tunggal serta suri rumah.
Beliau berkata antara program yang dianjurkan melibatkan kemahiran industri makanan ialah produk pastri, penghasilan biskut, kuih tradisional, seni jahitan pakaian serta jahitan kreatif, yang membantu peserta meraih pendapatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Nancy (duduk, kanan) hadir bagi merasmikan LaWa Negeri Cik Siti Wan Kembang bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Kota Bharu. - Foto Facebook KPWKM
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
LaWa tawar program kemahiran, aktiviti pemerkasaan wanita
Usaha itu dapat membantu golongan wanita menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.