awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies

Bernama
Bernama
11/06/2021
12:01 MYT
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pemilik anjing diingatkan supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun. - Gambar hiasan
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak hari ini mengisytiharkan kawasan Lawas Bazaar, Lawas di Limbang sebagai kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
"Memandangkan kawasan ini berada di luar 10km radius dari kawasan yang telah diisytiharkan, maka kawasan ini merupakan kawasan baru wabak rabies yang ke-71," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Uggah berkata setakat ini sebanyak 71 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies iaitu Kuching (7), Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (7) dan Limbang (2).
Sementara itu, Uggah berkata pemilik anjing diingatkan supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.
Suntikan vaksin rabies boleh didapati di Pejabat Veterinar Bahagian atau klinik haiwan swasta.
"Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan dibawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing gila
#rabies
#lawas bazaar
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#Limbang
#Sarawak
#Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan