awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN

Bernama
Bernama
18/02/2025
02:20 MYT
Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Bahrain World Trade Center adalah mercu tanda ikonik Bahrain dan merupakan bangunan berkembar setinggi 240 meter dengan 50 tingkat, direka oleh firma seni bina Atkins dan siap dibina pada 2008. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bahrain mencecah RM1.19 bilion (US$260 juta) pada 2024, berbanding RM1.5 bilion (US$330 juta) pada 2023.
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023, menurut data Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Prestasi positif itu didorong oleh peningkatan eksport peralatan pengangkutan ke Bahrain.
Jumlah import Malaysia dari Bahrain pula adalah RM934.3 juta (US$205.6 juta) daipada RM1.28 bilion (US$279.7 juta) pada 2023, disokong oleh peningkatan import produk logam.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia mempunyai potensi besar untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Bahrain.
"Kita percaya kerjasama yang lebih kukuh dengan Bahrain menawarkan manfaat bersama, membuka peluang baharu untuk perniagaan di kedua-dua negara contohnya dalam sektor kewangan Islam serta minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit.
"Kita menanti untuk meneroka usaha sama yang dapat memacu pertumbuhan dan kemakmuran untuk Malaysia dan Bahrain," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Bahrain bermula malam ini, menandakan satu lembaran baharu dalam hubungan diplomatik Malaysia-Bahrain.
Lawatan itu merupakan yang pertama bagi Anwar sebagai Perdana Menteri, susulan jemputan daripada Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman bin Hamad Al Khalifa.
Beliau dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatan dari Bahrain dengan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Bahrain.
Antara perkara yang akan dibincangkan meliputi perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keterjaminan makanan, perbankan Islam, industri halal, kesambungan dan pelancongan, serta isu serantau dan global yang menjadi kebimbangan bersama.
Sebagai sebahagian daripada kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, Anwar juga akan menjemput Putera Mahkota Bahrain ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China, kedua-duanya akan diadakan di Malaysia.
Perdana Menteri juga dijadual menghadap Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa, yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia, selain menzahirkan keutuhan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan beliau, Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa, bagi membincangkan peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain.
Sementara itu, Tengku Zafrul juga berkata usaha untuk mencapai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-GCC, bersama-sama dengan perjanjian dua hala di Timur Tengah, menekankan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dengan rantau ekonomi yang penting itu.
Pada masa ini, Malaysia sedang merundingkan FTA dengan GCC, yang termasuk Bahrain, dengan FTA bertujuan meningkatkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan GCC.
Pada 2023, Bahrain merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia manakala Malaysia pula rakan dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara ASEAN dan ke-18 di peringkat global.
Kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun lepas, mengukuhkan komitmen masing-masing untuk mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia-Bahrain
#Anwar Ibrahim
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Hubungan dua hala
#Bahrain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan