JAKARTA: Lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia bermula Ahad menjadi tumpuan penganalisis yang mengharapkan akan melakar kerjasama lebih konkrit dalam pelbagai bidang yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara.
Ini juga merupakan lawatan rasmi luar negara pertama Anwar sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 24 Nov lalu dan Indonesia menantikan pembaharuan dasar yang bakal diperkenalkan, terutama mengenai tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia, persempadanan darat dan maritim serta kerjasama perdagangan dan ekonomi.
"Kita akan menantikan adakah Anwar Ibrahim memang benar-benar sosok yang difikirkan oleh rakyat Indonesia sebagai seorang yang boleh membawa perubahan.
"Saya sendiri mengharapkan agar ada perubahan yang lebih harmonis (pada) hubungan Indonesia-Malaysia," kata penganalisis komunikasi politik, Hendri Satrio.
Lawatan rasmi julung kali Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu turut akan memperlihatkan pendirian beliau terhadap pembangunan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan, isu serantau ASEAN dan antarabangsa.
Perkara lain yang perlu ditangani adalah situasi Laut China Selatan, pengaruh China di Asia Tenggara dan ketegangan geopolitik antarabangsa, katanya.
Hal senada turut ditekankan Badan Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN) Indonesia dalam laporannya, 'Anwar Ibrahim dan Masa Depan Hubungan Indonesia-Malaysia' baru-baru ini.
Penganalisis Pusat Penyelidikan Politik di BRIN, Sandy Nur Ikfal Raharjo berkata, kedua-dua negara perlu bekerjasama mewujudkan rantaian nilai rentas sempadan bagi industri terkemuka masing-masing.
Sebagai contoh, katanya, Indonesia boleh menyokong pembangunan industri makanan halal di Malaysia, manakala Malaysia menyokong Indonesia dalam industri fesyen Muslim.
Kerajaan di kedua-dua negara juga perlu menangani isu pengajian TKI di Malaysia termasuk masalah pengambilan pekerja tanpa permit sah dan usaha untuk menambah pusat pembelajaran untuk kanak-kanak TKI di pelbagai lokasi.
Menyentuh isu sempadan, beliau berkata, rundingan dua hala perlu dipergiatkan agar persetujuan dapat dicapai segera, sekali gus merancakkan pelan pembangunan di wilayah perbatasan masing-masing.
"Ketiga-tiga isu perlu diterjemahkan secara serius kepada dasar dan kerjasama antara negara dan perlu dijaga secara konsisten oleh rakyat kedua-dua negara.
"Justeru, kepentingan nasional setiap negara dapat dipenuhi dalam hubungan Indonesia-Malaysia yang lebih erat di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023
Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia bermula Ahad menjadi tumpuan penganalisis yang mengharapkan akan melakar kerjasama lebih konkrit dalam pelbagai bidang yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.