awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan

Bernama
Bernama
29/11/2023
14:26 MYT
Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin ke Sadao di Selatan Thailand baru-baru ini membuahkan kemajuan ketara dalam kerjasama pembangunan sempadan. - BERNAMA
BANGKOK: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin ke Sadao di Selatan Thailand baru-baru ini membuahkan kemajuan ketara dalam kerjasama pembangunan sempadan.
Jurucakap kerajaan Thailand Chai Wacharonke berkata lawatan itu mengukuhkan kejasama antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk pembangunan infrastruktur, perdagangan, pelancongan, pertanian dan keselamatan sempadan.
Beliau berkata Srettha memahami sepenuhnya kepentingan hubungan dua hala antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai dimensi.
"Pertemuan perdana menteri Thailand dan Malaysia ini adalah kesinambungan usaha kita untuk mengukuhkan hubungan dua hala. Kita telah melakar kemajuan konkrit dalam banyak bidang, termasuk pembangunan infrastruktur, kemudahan dalam perdagangan, pelancongan dan pembangunan pertanian.
"Ini menunjukkan tekad kedua-dua pemimpin untuk bersama-sama mempromosi dan membangunkan kawasan sempadan dan memacu kerjasama yang memberi manfaat bersama," katanya dalam satu kenyataan.
Chai berkata pemimpin Thailand dan Malaysia komited untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan untuk memenuhi objektif masing-masing, termasuk menyegerakan pemeterian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengangkutan rentas sempadan bagi memudahkan perdagangan dan perniagaan tanpa sempadan antara kedua-dua negara.
Beliau bekata Thailand dan Malaysia telah menyatakan harapan bersama untuk menyiapkan segera laluan jalan penting yang menghubungkan pos pemeriksaan baharu Sadao di Thailand dengan pos pemeriksaan Bukit Kayu Hitam di Malaysia bagi meningkatkan penyambungan rentas sempadan dan merangsang pertumbuhan ekonomi wilayah.
Bagi menangani penyeludupan haiwan liar rentas sempadan, Chai berkata kedua-dua pemimpin berjanji untuk bekerjasama rapat dan intensif dalam menangani perdagangan haiwan liar secara haram.
Srettha dan Anwar mengadakan pertemuan empat mata dan menghadiri pertemuan dua hala pada Isnin.
Kedua-dua pemimpin turut melawat tempat pertemuan projek jajaran jalan yang menghubungkan pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia dengan CIQ Sadao, projek yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara.
Anwar dan Srettha juga melawat ICQS Bukit Kayu Hitam di Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selatan thailand
#lawatan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan