Lawatan kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia mengundang pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.

Sejak hari pertama, pemimpin dunia itu tiba di Kuala Lumpur Jumaat lalu, jadual aktivitinya begitu padat.

Sebelum ke Malaysia, Obama telah menghadiri mesyuarat G20 di Antalya, Turkey, Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Manila, Filipina diikuti Persidangan Kemuncak ASEAN ke-27 di ibu negara.

Obama turut menghadiri beberapa acara khas di ibu negara sempena Sidang Kemuncak Asean ke-27 sejak hari Jumaat.

Antaranya ialah sesi Townhall Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI), US-Malaysia Bilateral Meeting, lawatan ke Dignity for Children Foundation dan Persidangan Pelaburan dan Perniagaan ASEAN.

Susulan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial berhubung lawatan ini.

Kebanyakan rakyat Malaysia berharap lawatan pemimpin dunia itu ke Malaysia akan membawa manfaat kepada negara ini.

Ada juga yang kagum dengan ucapan yang disampaikan oleh Obama ketika menghadiri sesi soal jawab di Taylor’s University, Jumaat lalu.



Man! I wish I was a "youth" again! Would have loved to have been there! They were giving out cookies! https://vulcanpost.com/459151/obama-town-hall-meeting-malaysia/

Posted by HARITH ISKANDER on



Bagaimanapun, segelinitr golongan belia mempersoal tujuan Obama ke Malaysia, kerana menurut mereka, segala masalah yang dihadapi oleh Malaysia perlu diselesai sesama kita.


Apatah lagi, Presiden AS itu akan meletakkan kepentingan rakyatnya dahulu sebelum menyelesaikan masalah negara lain.



Bukan itu sahaja, ada di kalangan netizen yang mengeluh berkenaan kesesakan jalan raya akibat kawalan keselamatan yang dipertingkat sempena kedatangan Obama.



Malaysia
Obama (dua dari kanan) sedang membuat pemeriksaan lintas hormat sejurus selepas pemimpin dunia tersebut tiba di Lapangan Terbang TUDM, Subang pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
Obama yang juga dirujuk dengan akronim POTUS (President of The United States) dalam media sosial, dilapor tiba dengan Air Force One di Lapangan Terbang TUDM, Subang, Selangor pada jam 3.45 petang pada Jumaat lalu.