awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan kerja di Sarawak: Anwar adakan pertemuan dengan Taib Mahmud

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2023
15:01 MYT
Lawatan kerja di Sarawak: Anwar adakan pertemuan dengan Taib Mahmud
Menerusi kenyataan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut antaranya menyentuh soal pembangunan dan usaha untuk mengeratkan hubungan kedua-dua wilayah. - Foto/Facebook Anwar Ibrahim
KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri kunjungan dua hari ke Sarawak dengan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri pada Jumaat.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut antaranya menyentuh soal pembangunan dan usaha untuk mengeratkan hubungan kedua-dua wilayah.
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah isteri Tun Abdul Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.
Dalam kemas kini sama, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan rasmi beliau.
Terdahulu, Anwar tiba di Sarawak bagi memulakan lawatan kerja sulungnya selama dua hari sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November lepas.
Dalam siri lawatan tersebut, Anwar turut mengadakan perjumpaan secara tertutup dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Perjanjian Malaysia 1963
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan