awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar

Bernama
Bernama
05/02/2025
16:16 MYT
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi selama dua hari Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia telah memperkukuh hubungan akrab kedua-dua negara dalam pelbagai bidang. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi selama dua hari Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia telah memperkukuh hubungan akrab kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
"Insya-Allah, hubungan Malaysia dan Uzbekistan akan terus erat dan diperhebat sebaiknya," katanya.
Perdana Menteri dalam hantaran sama turut berkongsi beberapa gambar beliau meraikan Mirziyoyev dalam satu majlis makan malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, sebagai acara penutup kepada lawatan dua hari Presiden itu.
Mirziyoyev tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri dan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Presiden Uzbekistan bersama delegasinya berlepas pulang ke Tashkent pada 8.50 malam menaiki pesawat Uzbekistan Airways.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev
#lawatan
#hubungan Malaysia-Uzbekistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan