Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India bermula Jumaat ini mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara yang terjalin selama 60 tahun.
Lawatan itu ialah atas undangan Perdana Menteri India Narendra Modi dan ini merupakan lawatan kali ketiga Najib ke negara itu sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 2009.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar, lawatan itu membuka peluang bagi kedua-dua negara untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama.
Semasa lawatan, Najib dijadual melawat Chennai, New Delhi dan Jaipur.
Perdana Menteri akan diiringi oleh isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan.
Di New Delhi, Najib akan diberi sambutan rasmi di Istana Presiden, melakukan kunjungan hormat kepada Presiden India, Shri Pranab Mukherjee diikuti mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatannya dari India dan mesyuarat dua hala anggota kanan delegasi kedua-dua negara.
Sidang media bersama akan diadakan sebelum makan malam rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri Modi bagi meraikan Najib dan Rosmah.
"Isu-isu yang dijangka dibincangkan semasa mesyuarat dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan, projek infrastruktur, kerjasama pertahanan, perjanjian perkhidmatan udara, pelancongan dan hubungan budaya serta isu-isu kepentingan bersama mengenai kerjasama serantau dan antarabangsa.
"Beberapa memorandum persefahaman kerajaan dengan kerajaan bakal dimeterai dan kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar dokumen semasa lawatan itu. Pertukaran dokumen tersebut akan disaksikan oleh Najib dan Modi," kata kenyataan itu.
Selain mesyuarat dua hala, Najib akan mengadakan sesi dialog dengan pemimpin dan peneraju industri dari sektor utama perniagaan di India dan dijangka menghadiri majlis makan tengah hari perniagaan dan Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC).
Aturcara lawatan Najib di Chennai termasuk menghadiri majlis jamuan rasmi yang dihoskan oleh Pemangku Gabenor Tamil Nadu, Vidhyasagar Rao dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Edappadi Palaniswamy.
Perdana Menteri juga akan memanfaatkan peluang ini untuk mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Malaysia termasuk pelajar.
Najib akan berlepas ke Jaipur untuk meninjau penyertaan Malaysia dalam projek-projek infrastruktur di India.
Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje Scindia, dan menghadiri perbincangan peringkat tertinggi mengenai kemajuan syarikat-syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur di Jaipur.
"Pada hari terakhir lawatan, Perdana Menteri akan merasmikan kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi yang baru siap," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, Malaysia yakin bahawa lawatan itu akan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang sedia terjalin antara Malaysia dan India bukan sahaja meliputi kerjasama dua hala tetapi juga isu-isu serantau dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
Najib Razak dan Narendra Modi pada pelancaran Gerbang Torana di Little India, Brickfields, November 2015. Gambar fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.