awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan PM ke China: Isu sumber manusia dan pemindahan teknologi ditekankan - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2023
13:28 MYT
Lawatan PM ke China: Isu sumber manusia dan pemindahan teknologi ditekankan - Penganalisis
Dr Oh Ei Sun juga menjelaskan China juga amat menitikberatkan sikap proaktif yang ditunjukkan Malaysia dengan pelan-pelan ekonomi yang meyakinkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat menitikberatkan soal pembangunan sumber manusia dalam lawatannya ke China.
Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun menjelaskan, dalam lawatan singkat ke China, Perdana Menteri menekankan tentang pemindahan teknologi yang menguntungkan rakyat negara ini.
Jelas beliau, pelaburan yang dibawa bukan sekadar membuka kilang di negara ini tetapi turut melatih anak tempatan dalam bidang teknologi.
"Jadi pelaburan di Malaysia ini seperti Huawei dan sebagainya, mereka bukan sahaja sepatutnya hanya membina kilang-kilang dan memberi pekerjaan di Malaysia.
"Perkara itu memang penting tetapi mereka juga seharusnya melatih anak-anak Malaysia supaya mereka dapat meningkatkan tahap kepakaran mereka atau tahap pendidikan mereka khususnya dalam bidang teknologi.
"Itulah pembangunan sumber manusia yang dititiberatkan perdana menteri dalam lawatan kerja ke China," katanya dalam Agenda AWANI yang membincangkan lawatan perdana menteri ke China baru-baru ini.
Beliau juga menjelaskan China juga amat menitikberatkan sikap proaktif yang ditunjukkan Malaysia dengan pelan-pelan ekonomi yang meyakinkan.
"Dari pihak China mereka memang berminat untuk menyertai atau menceburi bidang-bidang yang ditegaskan dalam pelan-pelan ekonomi di negara ini.
"Umpamanya dalam bidang-bidang industri yang dapat meningkatkan teknologi yang lebih mesra persekitaran dan sebagainya," katanya lagi.
Beliau juga berpendapat negara-negara barat tidak sepatutnya curiga dengan pelaburan yang dibuat oleh China ke Malaysia.
Jelas beliau, sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat, Malaysia membuktikan bahawa soal diplomasi amat dipentingkan dalam menjaga hubungan dengan semua negara.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#China
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#lawatan PM ke China
#Dr Oh Ei Sun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan