KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun selama lima hari yang berakhir semalam, dilihat berjaya memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia-Jepun, terutama melibatkan kerjasama antara Parlimen.
Johari yang mengadakan lawatan ke Negara Matahari Terbit atas jemputan rakan sejawatannya Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga, berhasil menjalin kerjasama bagi pertukaran ilmu untuk mewujudkan Parlimen bertaraf dunia yang meningkatkan kapasiti Ahli Parlimen dan petugasnya.
"Saya berpeluang melawat perpustakaan Parlimen Jepun iaitu National Diet Library yang mempunyai enam juta naskhah penerbitan yang cukup hebat dengan separuh daripadanya sudah didigitalkan serta reka bentuk perpustakaan mereka sungguh hebat untuk memberikan keselesaan bukan sahaja kepada Ahli Parlimen, tetapi juga masyarakat yang memerlukan.
"Saya ingat (idea perpustakaan) ini kita boleh bawa balik segera dan terus kita rencanakan untuk membangunkan perpustakaan Parlimen yang lebih berfungsi, indah dan perancangan ini sudah ada dalam kepala," katanya kepada Bernama bagi merumuskan lawatan rasmi itu.
Turut menyertai delegasi berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin; Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) serta Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Jempol).
Kunjungan Johari juga telah berhasil meneroka serta memperluas kerjasama dalam bidang pertanian bagi manfaat bersama susulan lawatan Johari ke National Agriculture and Food Research Organization (NARO) dan Japan International Research Center for Agricultural Sciences (JIRCAS) di Tokyo.
Johari berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan pertanian perlu didekatkan lagi dengan dua entiti pertanian itu bagi menghasilkan pertanian yang konsisten serta menggunakan tanaman lain sebagai pilihan kepada beras.
"Dalam pertemuan dengan penyelidik, saya mengutarakan tentang ubi kayu sebagai alternatif kepada beras dan sudah tentu mereka percaya ia boleh dijadikan pilihan tambahan sementara usaha menggiatkan produktiviti beras," katanya.
Pertemuan Johari bersama Menteri Transformasi Digital Jepun Kono Taro juga membuahkan hasil apabila menteri berkenaan menyatakan minat untuk bertukar kepakaran dan pengetahuan dalam membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menurut Johari kerjasama itu penting bagi memastikan penggunaan yang beretika dan selamat demi manfaat kedua-dua warga Jepun dan Malaysia.
Ketika meneruskan lawatan di Kyoto pula, Johari menyatakan kesungguhan Malaysia untuk mengembangkan kerjasama dengan Jepun kepada Naib Gabenor Wilayah Kyoto dan Timbalan Datuk Bandar Kyoto Hironori Furukawa pada sebuah majlis makan malam yang diadakan di Kyoto State Guest House.
Ketika di wilayah itu, Johari turut diberi penghormatan untuk menginap di Kyoto State Guest House yang merupakan sebuah penginapan rasmi untuk tetamu negara bagi Jepun.
Mengakhiri lawatan rasmi ke Jepun, Johari meneroka penggunaan teknologi terapi ion berat dalam merawat pesakit kanser dengan lebih efektif dan mengurangkan kesan sampingan di Osaka Heavy Ion Therapy Center (HIMAK), yang merupakan pusat terapi ion berat pertama di wilayah itu.
Johari berkata rawatan sedemikian perlu turut diteroka Malaysia memandangkan penyakit kanser merupakan punca kematian keempat tertinggi di Malaysia.
Johari dan delegasi Parlimen Malaysia selamat tiba di tanah air pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Lawatan berhasil menjalin kerjasama bagi pertukaran ilmu untuk mewujudkan Parlimen bertaraf dunia yang meningkatkan kapasiti Ahli Parlimen dan petugasnya. - Foto Bernama
Bandar Algiers anjur iftar mega untuk masyarakat
Majlis Perbandaran Algiers menganjurkan Iftar komuniti pada hari Jumaat (14 Mac) di sepanjang jalan utama pusat bandar, mengumpulkan orang ramai untuk berkongsi makanan dan berbuka puasa semasa bulan suci Ramadan
Ketua Majlis Perbandaran Algiers, Mahdia Benghalia berkata acara tersebut bertujuan untuk mengumpulkan semua lapisan masyarakat dengan hidangan tradisional.
Ketua Majlis Perbandaran Algiers, Mahdia Benghalia berkata acara tersebut bertujuan untuk mengumpulkan semua lapisan masyarakat dengan hidangan tradisional.
Gencatan senjata: Trump hubungi Putin Selasa ini
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendedahkan beliau akan bercakap secara terus dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada 18 Mac ini.
Beliau berkata, perbualan tersebut akan berkisarkan tentang usaha menghentikan perang yang terjadi di Ukraine.
Beliau berkata, perbualan tersebut akan berkisarkan tentang usaha menghentikan perang yang terjadi di Ukraine.
Mangsa cedera kebakaran kelab malam di North Macedonia stabil
Menteri Kesihatan North Macedonia, Arben Taravari memberitahu semua mangsa dirawat akibat cedera dalam insiden kebakaran sebuah kelab malam di Bandar Kocani, dilaporkan stabil.
Trump bertegas tiada pengecualian untuk tarif besi, aluminium
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan tiada keperluan untuk mewujudkan pengecualian berhubung pelaksanaan tarif besi dan aluminium.
Beliau berkata, pelaksanaan timbal balik tarif akan terus dilaksanakan bermula 2 April ini.
Beliau berkata, pelaksanaan timbal balik tarif akan terus dilaksanakan bermula 2 April ini.
Kekejaman zionis, ragut nyawa petugas kemanusiaan MAPIM
Temu bual bersama Ketua Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Datuk Sani Araby mengenai serangan rejim zionis di Beit Lahiya, Utara Gaza hingga meragut lapan nyawa petugas kemanusiaan MAPIM.
Majikan adalah arkitek tenaga kerja masa depan negara
Golongan majikan perlu melihat peranan mereka bukan sekadar pencipta pekerjaan, tetapi juga sebagai arkitek tenaga kerja masa depan negara.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak wajar dipertimbangkan sebagai sebagai kos perniagaan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang memacu inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak wajar dipertimbangkan sebagai sebagai kos perniagaan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang memacu inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Tribunal hak cipta bakal terima kes pertama
Malaysia akan mencatat kes pertama di Tribunal Hak Cipta pada 19 Mac, sebagai satu langkah penting dalam perlindungan hak cipta negara.
Sapura Energy belum dihubungi SPRM
Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.
Bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.
SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.

Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.

Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.

Tiada masalah jika Bersatu cabar keputusan yang Dipertua Dewan Rakyat di mahkamah - Johari
Johari tidak menolak kemungkinan Bersatu mencabar keputusannya tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen dengan membawa perkara itu ke mahkamah.

Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Buang tanda nama 'PN' pada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.

Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan didorong kerajaan - Mohamed Khaled
Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak didorong oleh mana-mana pihak.

Status kekosongan kerusi enam wakil rakyat Bersatu tertakluk kepada Speaker
Ahmad Zahid berkata beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Lawatan rasmi Johari perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama Parlimen Malaysia-Jepun
Lawatan rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun dilihat berjaya memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia-Jepun.

Wan Junaidi, Johari hadiri persidangan CSPOC di Uganda esok
Wan Junaidi dan Johari Abdul akan menghadiri persidangan Conference of Speakers and Presiding Officers of The Commonwealth di Uganda.

Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap JKPK Dewan Rakyat.