Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”

Leona yang pernah meluahkan keinginan untuk bergelar isteri tahun lalu berkata, dia berasa cemburu melihat kebanyakkan rakannya sudah mendirikan rumah tangga. - Gambar Gempak
PEMPENGARUH media sosial, Kasih Iris Leona merasakan sudah tiba masa untuk dirinya mendirikan rumah tangga.
Ringkasan AI
- Kasih Iris Leona bercadang untuk mendirikan rumah tangga setelah merasakan tekanan daripada media sosial dan melihat rakan-rakannya sudah berumahtangga.
- Leona menyatakan keinginannya untuk berkahwin sangat kuat, walaupun belum mempunyai kekasih, dan ibu saudaranya turut cuba mencarikan calon untuknya.
- Leona menekankan keazamnya untuk mendirikan rumah tangga secara serius, berharap agar tahun 2026 membawa pertemuan dengan cinta sejati, sementara netizen memberikan pesanan agar dia menikmati masa mudanya tanpa terburu-buru.
“Saya rasa cemburu sebab saya pun nak kahwin juga tapi macam mana nak kahwin kalau kekasih pun saya tak ada lagi?” katanya.
Tambah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini, keinginannya untuk berkahwin sangat kuat sehinggakan ibu saudaranya pernah berusah untuk mendapatkan calon untuknya.
“Saya teringin sangat nak kahwin sampaikan mak cik saya pernah tanya kawan-kawan dia untuk carikan calon buat saya,” kongsinya.
Di akhir perkongsian, Leona berharap agar 2026 menjadi tahun di mana dia bertemu dengan cinta sejati.
Leona turut menegaskan bahawa dia sangat serius untuk mendirikan rumah tangga dan tidak mahu membuang masa dengan perhubungan yang tidak mempunyai hala tuju.
“Ketika ini saya sangat serius dan kalau seseorang itu sekadar nak bermain dalam perhubungan, lebih baik jangan buang masa saya.
“Doakan agar tahun 2026 adalah tahun di mana saya jumpa teman hidup saya,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesan agar Leona tidak terburu-buru dan menikmati masa mudanya terlebih dahulu. - Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


