awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”

Gempak
Gempak
28/12/2025
01:00 MYT
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Menurut Syed Saddiq, soal peribadi seperti perkahwinan sepatutnya hanya dibincangkan antara dua keluarga sahaja dan tidak perlu diberitahu kepada umum.
BOLEH dikatakan semua peminat BASS (singkatan Bella Astillah dan Syed Saddiq) tidak sabar menantikan berita gembira daripada penyanyi dan pelakon Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menerusi video temu bual yang tular di Threads, Syed Saddiq menjawab soalan wartawan yang bertanyakan mengenai hari bahagia mereka berdua.
Menjawab dengan tenang, Syed Saddiq berkata, soal peribadi seperti itu sepatutnya hanya dibincangkan antara dua keluarga sahaja dan tidak perlu diberitahu kepada umum.
“Saya rasa dalam soal ini (kahwin) adalah antara dua keluarga. Daripada kita bam bam bum (cerita) secara umum, lebih baik kita bincang antara keluarga,” jawab Syed Saddiq secara ringkas.
Rata-rata netizen menganggap kenyataan yang dikeluarkan Saddiq itu seakan-akan memberi bayangan mengenai hubungan serius mereka.
“Alhamdulillah. Dari mulut YBSS sendiri dah mengakui memang tengah berbincang fasal mereka berdua yang mana hanya dibincangkan dengan ahli keluarga sahaja.
“Maksudnya peribadi. Hal peribadi hanya keluarga sahaja yang tahu. Bermakna diaorang serius dalam perhubungan dan tengah sibuk uruskan fasa seterusnya. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik,” tulis wargamaya. - Gempak
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Bella Astillah
#bass
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan