awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan rasmi Zambry ke Iran, tingkatkan hubungan dua hala

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
20/08/2023
01:45 MYT
Lawatan rasmi Zambry ke Iran, tingkatkan hubungan dua hala
Di Iran, Zambry juga dijadual menganjurkan sesi libat urus dengan pemimpin-pemimpin perniagaan tempatan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Islam Iran dari 20 hingga 23 Ogos ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, ia bagi memenuhi jemputan rakan sejawatannya Hossein Amirabdollahian.
Ini merupakan lawatan pertama Zambry ke republik itu selepas memegang jawatan sebagai Menteri Luar pada 2 Dis 2022.
Zambry akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Kementerian Luar dan delegasi perniagaan.
"Lawatan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arah meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan semua negara, termasuk Republik Islam Iran.
"Semasa lawatan ini, Zambry dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin-pemimpin Iran.
"Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Hossein bagi menyusul perbincangan yang telah diadakan di sela-sela Mesyuarat Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Peringkat Menteri Luar Negeri pada 5 Julai lalu," jelas Wisma Putra.
Pada masa sama, Zambry dan Hossein dijangka menilai kemajuan kerjasama dua hala sedia ada dan membincangkan langkah bagi meneroka bidang kerjasama baharu.
Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Di samping itu, Zambry turut dijadual menganjurkan sesi libat urus dengan pemimpin-pemimpin perniagaan tempatan.
Republik Islam Iran ialah rakan dagangan kelapan terbesar Malaysia dan sumber import ke-11 terbesar di kalangan negara-negara Asia Barat.
Jumlah dagangan pada 2022 ialah RM3.69 bilion (USD0.83 bilion), meningkat 40.2 peratus, berbanding RM2.63 bilion (USD0.64 bilion) pada 2021.
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#Zambry Abd Kadir
#lawatan rasmi
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan