awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Layan penagih sebagai pesakit, bukan penjenayah - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
23/08/2025
10:03 MYT
Layan penagih sebagai pesakit, bukan penjenayah - Lee Lam Thye
Tan Sri Lee Lam Thye berkata ketagihan dadah pada asasnya ialah isu kesihatan dan mesti ditangani secara pragmatik melalui rawatan dan pemulihan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat menggesa supaya pendekatan lebih berperikemanusiaan dan berasaskan bukti dalam menangani penagihan dadah, dengan menekankan bahawa mereka yang terjebak perlu dilayan sebagai pesakit dan bukannya penjenayah.
Mengulas mengenai pindaan undang-undang berkaitan dadah yang berkuat kuasa semalam, Pengerusi pertubuhan itu Tan Sri Lee Lam Thye berkata ketagihan dadah pada asasnya ialah isu kesihatan dan mesti ditangani secara pragmatik melalui rawatan dan pemulihan.
"Sudah terlalu lama penagih dadah dilayan sebagai penjenayah sedangkan hakikatnya, ramai daripada mereka bergelut dengan penyakit yang memerlukan rawatan dan bukan hukuman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa semalam, memfokuskan rawatan dan pemulihan serta memperluas peranan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Lee menegaskan penagih dadah hanya perlu menghadapi pertuduhan jenayah jika mereka melakukan kesalahan itu.
"Melainkan jika penagih melakukan jenayah, mereka tidak seharusnya dilayan seperti penjenayah. Apa yang benar-benar diperlukan mereka ialah penjagaan kesihatan, rawatan dan pemulihan sewajarnya untuk pulih dan membina semula kehidupan," katanya.
Beliau berkata hukuman pemenjaraan sering memburukkan keadaan dengan mendorong penagih untuk lebih terjerumus ke dalam kitaran ketagihan dan stigma, tanpa menangani punca sebenar masalah itu.
Justeru, Lee menggesa kerajaan supaya memperkukuh program pemulihan bagi memastikan akses lebih mudah, berkesan dan holistik, selain turut perlu merangkumi kaunseling, latihan kemahiran serta laluan pekerjaan bagi integrasi semula ke dalam masyarakat.
"Yang sama penting ialah menggalakkan pemulihan secara sukarela. Penagih perlu berasa selamat dan disokong untuk tampil mendapatkan bantuan tanpa rasa takut kepada hukuman atau diskriminasi," katanya.
Beliau berkata mengubah minda terhadap rawatan dan pemulihan dapat membantu menyelamatkan nyawa selain mengurangkan beban penjara, keluarga dan masyarakat.
"Kita mesti mengubah minda bahawa penagih merupakan pesakit yang memerlukan rawatan, bukan penjenayah yang perlu dihukum. Dengan belas kasihan, pemulihan dan peluang, ramai daripada mereka boleh berubah lalu kembali menyumbang kepada masyarakat serta negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penagih dadah
#pesakit
#pemulihan
#rawatan
#Lee Lam Thye
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan