LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya kali ini tampil dengan kempen LBS Fabulous Extra yang telah pun berjalan sejak 2022 hingga 2023.
Majlis finale yang diadakan di galeri jualan KITA @ Cybersouth, menandakan kemuncak perjalanan mendebarkan di mana hadiah bernilai RM1.5 juta diberikan kepada 1,400 pemilik rumah LBS yang bertuah.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San, pengalaman mengujakan sebagai pembeli hartanah LBS tidak terhenti apabila menerima kunci sahaja, bahkan ia hanya suatu permulaan istimewa.
“Kempen ini membuktikan komitmen kami untuk memberikan yang terbaik kepada pembeli-pembeli hartanah LBS yang kami hargai.
“Dan kami sedang merancang untuk mengadakan beberapa kempen menarik pada tahun ini dengan matlamat yang sama iaitu, untuk membantu menarik minat bakal pembeli rumah dan dalam masa yang sama memberikan ganjaran yang berbaloi untuk mereka,” katanya.
Kempen Fabulous Extra tersebut menawarkan Perodua Axia kepada 17 pembeli hartanah bertuah termasuk pelbagai hadiah lain seperti motosikal, set teater rumah, dan basikal gunung.
Acara kemuncak cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23 itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 1,500 orang tetamu, yang terdiri daripada pembeli hartanah LBS dan pemenang cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23.
"Hari ini, kami mempunyai lebih 50 rakan kongsi kerjasama, kebanyakannya hadir bersama kami hari ini.
"Bersempena musim perayaan Aidilfitri ini juga, LBS telah melancarkan kempen ‘Emas Bling Bling Bersama LBS’ di mana pembeli yang berjaya memiliki rumah idaman sebelum penghujung Mei berpeluang memenangi jongkong emas 999.9," jelasnya.
Selain daripada Emas, kempen itu turut menawarkan pakej pembelian rumah dengan tawaran faedah eksklusif bagi pelanggan seperti pakej perabot khas, yuran keluar sifar serta yuran tempahan yang rendah.
Ia melibatkan beberapa buah projek antaranya KITA Bestari, KITA Sejati, Prestige Residence, Astella @ D”Island Residence, dan BSP Sutera.
Hal ini jelas menunjukkan komitmen LBS yang bukan hanya sekadar menawarkan kediaman, malahan membina hubungan berpanjangan bersama pemilik hartanah mereka.
LBS berhasrat untuk terus menawarkan projek di dalam segmen mampu milik selaras dengan matlamat kerajaan dalam memastikan setiap rakyat memiliki rumah sendiri.
“Di LBS kami menawarkan projek Rumah Idaman MBI yang telah menambat hati ramai pembeli rumah mampu milik di Selangor, dengan saiz 1000 kps dan dengan harga bermula daripada RM250,000 dan dilengkapi dengan perabot,” tambahnya.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Amzar Alif
Tue Apr 30 2024
Tan Sri Ir (Dr.) Lim Hock San menyampaikan ucapan tahniah kepada kesemua pemenang yang hadir pada Acara Kemuncak LBS Fabulous Extra 2022-23 grand finale. Gambar - LBS Bina Group Berhad
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.