KUALA LUMPUR: Sebagai mengenang jasanya dalam bidang penciptaan lagu, maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 10 Ogos depan.
Konsert bertemakan Pendekar dan Tradisional itu bakal menyaksikan penghibur berusia 66 tahun ini bukan sahaja mempersembahkan lagu-lagu kesukaan ramai tetapi juga lagu yang pernah dicipta untuk penyanyi lain dalam pelbagai genre sempena meraikan 45 tahun pembabitannya dalam industri seni.
"Saya akan menyanyikan lebih 40 lagu termasuk lagu yang saya ciptakan untuk penyanyi lain, yang mungkin orang tidak tahu itu adalah lagu yang saya tulis.
"... antaranya lagu Padang Lalang (Hattan), Rintik Hujan di Kelopak Mawar (Dayangku Intan), Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon), dan mungkin kalau ada (peminat) nak minta lagu macam-macam, saya selagi boleh akan melayani permintaan anda dengan cara saya sendiri," katanya dalam sidang media konsert tersebut di sini, semalam.
Tidak ketinggalan, konsert anjuran Icon Entertainment itu juga akan menampilkan segmen khas sebagai tanda sokongan dan solidariti seniman ini kepada rakyat Palestin yang masih menanggung penderitaan akibat kekejaman rejim zionis di Gaza.
"Konsert adalah konsert, kalau saya dapat menghiburkan orang (peminat) dan mereka pun pulang dengan enjoy, jiwa terisi dan mungkin boleh belajar sesuatu daripada lagu-lagu saya, itu sudah buat saya gembira," katanya menambah tiada istilah bersara dalam kamus hidupnya meskipun sudah lebih empat dekad bergelar anak seni.
Malah, anak kelahiran Singapura ini yang nama sebenarnya, Mohamad Nasir Mohamed mengakui bahawa bidang seni memberinya kepuasan tersendiri dan akan terus berkarya selagi termampu.
"Saya suka bidang ni (mencipta lagu), kita buat lagu daripada tiada apa-apa, kemudian ada 'bentuk' dan orang pun suka, ia nikmat yang orang lain tak dapat.
"Jadi, selagi saya dapat rasa nikmat itu, saya susah nak berhenti... jadi sementara boleh buat, saya akan buat (berkarya) kerana ia adalah sebahagian daripada pekerjaan dan jika saya bersara, saya rasa macam susah nak hidup. Risau juga," katanya.
M Nasir yang juga Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2023 bagaimanapun mengakui perlu menyesuaikan diri seiring dengan peredaran zaman.
"...jadi, sekarang kalau masuk pertandingan, saya sudah jadi orang yang paling tua dalam kalangan peserta...sebab yang bertanding, budak-budak lagi. Tapi, muzik yang saya buat itu, muzik orang muda. Jadi, saya perlu cari jalan sesuaikan diri," katanya.
Begitupun, M Nasir menyifatkan, segala cabaran yang perlu dihadapi sepanjang 45 tahun dalam dunia seni sebagai satu perkara yang menyeronokkan.
"Hidup ini seperti naik roller coaster, walaupun ia bergelombang, 45 tahun ini sangat indah. Saya bersyukur kerana sentiasa disokong oleh mereka yang selalu ada di sisi," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Icon Entertainment Iman Tang berkata, Konsert Dato' M.N45ir Cipta melambangkan keseluruhan seorang figura seni bernama M Nasir sepanjang 45 tahun pembabitannya dalam dunia seni.
"...pentas inilah yang akan menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativitinya bukan sahaja dari segi lagu tetapi juga lakonan mahupun lukisan. Peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaannya yang melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya tetapi ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhannya," katanya.
Tiket dijual berkonsepkan seleksi lagu popular ciptaan M.Nasir dengan harga RM238 (Awan Nano), RM338 (Sejati), RM458 (Fenomena), RM488 (Cinta Kristal), RM528 (Mustika) dan RM588 (Apokalips) di laman sesawang www.ticket2u.com.my bermula 11 pagi mulai 27 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Konsert bertemakan Pendekar dan Tradisional itu sempena meraikan 45 tahun pembabitannya dalam industri seni. - Foto FB M Nasir
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
Konsert Cipta M. Nasir dipentaskan sekali lagi 12 Oktober
Konsert M Nasir Cipta 2 akan dibuka untuk jualan tiket sebanyak 6,000 keping sahaja.
M Nasir rai ulang tahun kelahiran PM Anwar di konsert Cipta
Anwar hadir pada konsert itu dengan berbusana pahlawan berona coklat serta lengkap bertanjak.
Seniman S Amin Sahab dirawat di CCU, IJN
Penulis lirik S Amin Shahab, kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN).
Pameran diilhamkan perjalanan seni M Nasir Jun ini
SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu M.Nasir. Itulah nama pameran seni khas untuk meraikan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang penuh inspirasi selama 45 tahun.
M Nasir akui pernah putus asa, kecewa industri seni tempatan tidak sebaris Korea Selatan
Kata M Nasir, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada di tahap sekarang.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Pop Nostalgia 'Nukilanmu', sebuah penghargaan kenangan dan adiwarna seni Arish Mikael
Kehadiran 'Nukilanmu' ibarat memberi nafas baharu dalam aliran pop semasa tanah air.