SINGAPURA: 'Learning journey' atau pengembaraan sambil belajar merupakan antara cabang pelancongan baharu yang boleh dijana di Malaysia selepas pandemik COVID-19 bagi menarik lebih ramai pelancong terutama dalam kalangan pelajar di seluruh dunia.
Idea itu dilontarkan oleh seorang pemain industri pelancongan Singapura, Vincent Fong pada sesi 'Meet & Greet' bersama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Leong Yu Man di Pejabat Pelancongan Malaysia Singapura, baru-baru ini.
Fong terlibat secara aktif dalam memberi pendedahan kepada pelajar melalui program pertukaran di seluruh dunia sebelum wabak pandemik itu.
"Bagi Pahang.. ini sesuatu yang boleh kita terokai. Apabila orang datang ke Pahang, mereka bukan sahaja dapat bersiar-siar tetapi ada perkara atau ilmu baharu yang boleh dipelajari. Ia boleh menjadi pasaran baharu yang boleh dimanfaatkan.
"Fong ada betulnya. Pahang sudah mempunyai banyak produk eko-pelancongan. Kami akan meneruskan usaha ke arah itu," kata Leong.
Kerajaan negeri mempunyai rancangan untuk membawa masuk ejen pelancongan dari Singapura untuk meneliti apa boleh ditawarkan kepada pelancong selepas pandemik COVID-19.
"Kita boleh bawa mereka melawat sebelum Ramadan," katanya.
Pada 2 Feb lepas, Leong berkata kerajaan Pahang mengunjurkan untuk menarik 13 juta pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri itu pada tahun ini, meningkat berbanding 10.1 juta pada tahun lepas.
"Selepas pandemik COVID-19, 2023 adalah tahun berpotensi tinggi untuk membangunkan semula sektor pelancongan di Pahang.
"Singapura merupakan pasaran yang sangat penting bagi Pahang.
"Singapura menyumbang jumlah pelancong antarabangsa terbesar ke Pahang selepas China. Kami berharap dapat berhubung semula dengan pemain industri di sini termasuk syarikat penerbangan dan ejen pelancongan untuk membantu membawa pelancong ke Pahang," katanya.
Semasa lawatannya, Leong mengadakan pertemuan dengan Scoot Airlines, syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, yang menyambung semula perkhidmatan penerbangan ke Kuantan pada November 2002 selepas terhenti selama dua tahun akibat wabak itu.
"Kami sedang membincangkan sebarang peluang untuk kami menjalin hubungan antara ejen pelancongan dan Scoot supaya mereka boleh mempromosikan Kuantan.
"Singapura boleh berfungsi sebagai hab penting bagi rakyat Malaysia yang tinggal di pantai timur dan Kuantan supaya boleh membuat perjalanan antarabangsa mereka ke Singapura dan pada masa yang sama Kuantan boleh berfungsi sebagai pintu masuk ke pantai timur untuk warga Singapura," kata Leong.
Bagi Patricia Sim, penyokong pembelajaran merangkap pendapatan, dia berminat dengan cadangan untuk mengembalikan pelajar ke landasan yang betul untuk belajar daripada program penyerapan dan pertukaran.
"Pengembaraan sebegini adalah sumbangan semula jadi kepada pendapatan aliran masuk dan pelajar berkenaan akan memanfaatkan pelbagai aktiviti pelancongan sekali gus membawa penyelesaian tuntas kepada sektor pelancongan Malaysia," katanya kepada Bernama.
Sim berkata, satu cara untuk bergerak ke hadapan ialah dengan membentuk jawatankuasa antara Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, serta Kementerian Pendidikan yang terdiri daripada Kerajaan Negeri bersama Persatuan Pelancongan bagi setiap negeri.
"Ia bertujuan menerajui program pertukaran pelajar dan menjadikannya program jangka panjang yang mampan serta boleh berkembang ke peringkat seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Leong (tengah) berkata, selepas pandemik COVID-19, 2023 adalah tahun berpotensi tinggi untuk membangunkan semula sektor pelancongan di Pahang dan Singapura merupakan pasaran yang sangat penting bagi Pahang. - Foto BERNAMA
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
'Learning Journey' cabang baharu buat Malaysia pikat pelancong seluruh dunia
Kerajaan negeri merancang membawa masuk ejen pelancongan dari Singapura untuk meneliti apa yang boleh ditawarkan kepada pelancong.