Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air hari ini setelah mengadakan lawatan kerja ke Milan dan New York, dengan lebih 1,000 orang menyambut ketibaannya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat pada 9.55 pagi.
Penyokong-penyokong yang begitu bersemangat menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu tiba di perkarangan kompleks itu seawal 7 pagi.
Mereka turut memegang sepanduk dan kain rentang tertera "Selamat Pulang Wira Negara dan Keamanan Sejagat", "Najib Razak Pejuang Keadilan Terhadap Palestin dan Umat Islam", "Allah Selamatkan Najib, Allah Selamatkan Palestin" dan "PM Najib Help Palestine, Save Syrian Refugees, We Are With You".
Turut menyambut kepulangan Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kabinet antaranya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta pegawai tinggi kerajaan.
Najib mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Milan mulai 2 Okt bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Itali.
Ketika di Milan, Najib menghadiri resepsi Hari Malaysia di Ekspo Milano 2015, yang dianjurkan oleh penganjur ekspo berkenaan pada Sabtu dan kemudiannya melawat Pavilion Itali di ekspo itu.
Pada malamnya, Najib melancarkan Festival Makanan Malaysia di Pavilion Malaysia pada ekspo itu.
Sebelum mengadakan lawatan ke Milan, Itali, Najib berada di New York, Amerika Syarikat untuk menghadiri Sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang bertemakan “PBB pada 70: Jalan ke Arah Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia” pada 1 Okt.
Di luar persidangan itu, Najib yang mengetuai delegasi terdiri daripada beberapa menteri kabinet juga mengadakan rundingan dua hala dengan beberapa ketua kerajaan dan ketua negara yang menghadiri perhimpunan agung itu.
Pada sesi ke-70 PBB, Najib merupakan antara pemimpin yang berucap pada Sidang Kemuncak PBB untuk Menerima Pakai Agenda Pembangunan pasca-2015 mengenai Pembangunan Mapan dan juga Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Sedunia mengenai Kesamarataan Gender dan Pemerkasaan Wanita.
Najib juga menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak para pemimpin mengenai Pemeliharaan Keamanan dan juga mengenai Pembanterasan ISIL dan Keganasan Melampau yang turut dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Dalam ucapannya, perdana menteri antaranya mengumumkan bahawa Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan dating bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Tumpuan lain perdana menteri semasa berada di New York adalah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dalam pertemuannya dengan pemimpin perniagaan dan peneraju industri Amerika Syarikat.
Bernama
Mon Oct 05 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA setelah mengadakan lawatan kerja ke Milan dan New York. - Foto BERNAMA
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Perdana Menteri Timor-Leste berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Polis tutup sementara laluan di persimpangan Kiwa
Polis menutup sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa kerana ditenggelami air awal pagi ini.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.