KUALA LUMPUR:Seramai 1,086 bekas pekerja Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Air) telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan faedah Skim Insurans Pekerja (SIP) sehingga 15 November lalu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, daripada jumlah itu, seramai 749 pemohon diberikan bantuan SIP dengan nilai keseluruhan sebanyak RM928,000.
"SIP juga menyediakan bantuan lain seperti Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latihan, Fi Latihan dan Faedah bantuan pencarian pekerjaan.
"Pada masa sama, pekerja yang diberhentikan boleh mendaftar dengan MYFutureJobs, iaitu portal pekerjaan yang membantu mereka mendapatkan pekerjaan.
"Dalam kes Malindo Airways, seramai 96 orang bekas pekerja berjaya ditempatkan semula dalam pekerjaan baharu melalui portal ini," katanya ketika menjawab soalan KS Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai langkah kerajaan membantu pekerja yang diberhentikan pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Saravanan (BN-Tapah) berkata, pihaknya turut giat melaksanakan proses membuat pemadaman dan carian pekerjaan untuk bekas pekerja Malindo Airways.
"Kementerian melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) mempunyai pelbagai inisiatif menerusi Penjana PSMB yang dapat membantu pekerja diberhentikan atau mungkin kehilangan kerja.
"Kementerian melalui PSMB melaksanakan skim 'Place and Train' (latih dan tempatkan) menerusi Penjana PSMB, malah tidak memandang ringan aspek penempatan pelatih dalam pekerjaan yang dijanjikan.
"Pengesanan di peringkat awal turut dilakukan kementerian sejurus pelatih itu menamatkan latihan," ujarnya.
Pada 12 Oktober lalu, media melaporkan Malindo Air akan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.
Syarikat penerbangan itu juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.
BACA: 2,200 kakitangan Malindo akan diberhentikan kerja akibat COVID-19
BACA: Kakitangan Malindo Airways yang terjejas akan terima faedah SIP
Fauzi Suhaimi
Tue Nov 24 2020
Saravanan berkata, daripada 1,086 kakitangan Malindo Air, 749 pemohon diberikan bantuan SIP dengan nilai keseluruhan sebanyak RM928,000. - Gambar BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Murugiah, Asojan kekal Naib Presiden MIC, Nelson muka baharu
Datuk T Murugiah dan Datuk M Asojan, masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden MIC manakala Datuk Dr R Nelson muncul muka baharu jawatan itu.
Pemilihan MIC mulai 27 April ini - Vigneswaran
MIC akan mengadakan pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027 bermula 27 April hingga 7 Julai ini, kata Presidennya Tan Sri S A Vigneswaran.
Vigneswaran pertahan jawatan Presiden MIC buat kali ketiga
Vigneswaran menerima sokongan 3,014 daripada 3,060 cawangan MIC di seluruh negara.
Pasca PRU15: Dewan Tertinggi BN bermesyuarat sekali lagi malam ini
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dijangka akan bersidang sekali lagi melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut di Manara Dato' Onn, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam ini.
PRU15: Kerusi Parlimen bukan milik tetap individu - Saravanan
Kerusi Parlimen bukan suatu kedudukan tetap milik mana-mana individu, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.
PRU15: MIC sedia lepaskan kerusi tradisi demi kemenangan BN - Saravanan
Meletakkan calon yang mempunyai lebih potensi untuk menang lebih penting untuk BN mencapai matlamat membentuk kerajaan.
PRU15: Deepavali tidak akan terganggu, hanya sandiwara politik - Saravanan
Saravanan berkata dakwaan itu cuma berniat memainkan sentimen masyarakat India.
Peluang pekerjaan warga tempatan akan dipastikan tidak terjejas - Saravanan
Peluang pekerjaan warga tempatan akan dipastikan tidak terjejas dengan kemasukan kira-kira 2.1 juta pekerja asing dalam masa terdekat ke negara ini.
Kes dera terpencil, tidak jejas kerjasama Malaysia-Kemboja - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia juga akan diselesaikan secara berhemah.
Kes dera pembantu rumah: Menteri arah siasatan segera
Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk menyiasat kes penderaan membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia.