awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,100 PATI ditahan di Kelantan sejak Januari, JIM giatkan operasi bersepadu

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/08/2025
02:50 MYT
Lebih 1,100 PATI ditahan di Kelantan sejak Januari, JIM giatkan operasi bersepadu
Antara PATI yang ditahan dalam operasi di Gua Musang pada Selasa. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan berjaya menahan seramai 1,103 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, hasil daripada 315 operasi pemeriksaan melibatkan 2,358 warga asing.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 1,103 PATI ditahan dari Januari hingga Ogos, hasil 315 operasi pemeriksaan melibatkan 2,358 warga asing di seluruh Kelantan.
  • Operasi bersepadu bersama JPJ di Gua Musang turut menahan 37 individu, dengan fokus pemeriksaan ke atas bas ekspres menuju ke Lembah Klang.
  • Antara kesalahan PATI termasuk masuk tanpa permit sah, tinggal melebihi tempoh dan guna dokumen palsu, kebanyakan mereka masuk melalui selatan Thailand untuk bekerja secara haram.

Menurut Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Penguatkuasa JPJ Mentara, Gua Musang awal pagi tadi turut menyaksikan penahanan 37 lagi individu disyaki PATI.
Operasi tersebut memfokuskan pemeriksaan ke atas warga asing yang menaiki pengangkutan awam, khususnya bas ekspres yang melalui laluan utama Gua Musang–Kuala Lipis menuju ke Lembah Klang.
"Kebanyakan mereka masuk secara haram melalui transit dari selatan Thailand untuk bekerja di Lembah Klang.
"Kita telah jalankan risikan sejak tiga minggu lalu dan dapati mereka berulang kali melakukan kesalahan imigresen serta cuba mengelak pemeriksaan," kata Mohamed Yusoff.
Beliau menegaskan bahawa operasi seperti ini akan diteruskan bagi menghantar mesej jelas bahawa pihak berkuasa tidak akan berdiam diri terhadap pelanggaran undang-undang imigresen.
Antara kesalahan yang dilakukan oleh PATI termasuk masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit sah, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan memiliki dokumen perjalanan palsu.
Seorang warga India yang ditahan mengaku datang ke Malaysia melalui Thailand untuk mencari pekerjaan, manakala seorang warga Indonesia mengaku tinggal di Malaysia selama 10 tahun menggunakan pasport yang telah tamat tempoh sejak 2020.
Topic Berkaitan
#pati
#JIM
#JPJ
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan