awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai

Bernama
Bernama
15/02/2025
23:45 MYT
Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi (tengah) menggaul yee sang ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di Tapak Pasar Malam Telawi Bangsar, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 1,500 tetamu daripada pelbagai latar belakang dan kaum hadir memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Parlimen Lembah Pantai yang diadakan di Tapak Pasar Malam Telawi di sini malam tadi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.
"Alhamdulillah hari ini Parlimen Lembah Pantai mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina. Kalau tahun-tahun sebelum ini, kita adakan di Taman Sri Sentosa, kali ini di Bangsar.
"Walaupun cuaca sedikit suram dengan hujan, saya lihat ramai tetap ambil peluang untuk hadir malah ada yang datang dari jauh seperti Sentosa untuk turut meraikan sambutan di sini," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Beliau berkata wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan, persatuan penduduk dan pihak Polis Diraja Malaysia antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu.
"Kita memang utamakan hubungan yang akrab antara pelbagai agensi, persatuan dan dalam keakraban itulah kita dapat melihat pembangunan yang lebih baik serta mampan.
"Harapan saya, acara seperti ini dapat mengeratkan hubungan, mengurangkan perselisihan, meningkatkan persefahaman dan memberi peluang kepada kita untuk meraikan saat-saat gembira seperti Tahun Baharu Cina bersama," katanya.
Terdahulu, Fahmi turut meluangkan masa menggaul yee sang dan beramah mesra bersama tetamu.
Majlis turut dimeriahkan dengan pertunjukan tarian singa dan persembahan oleh Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Fahmi Fadzil
#rumah terbuka
#Parlimen Lembah Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan