awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini

Bernama
Bernama
16/06/2024
01:30 MYT
Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini
Sebanyak 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi. - Gambar AP
MEKAH: Sebanyak 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan kepada media di sini, daripada jumlah itu sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.
Pihak berkuasa berkenaan memaklumkan jumlah jemaah haji luar ialah sebanyak 1,611,310 manakala jemaah tempatan 221,854 orang.
"Peratusan jemaah haji dari Asia tidak termasuk negara Arab mewakili 63.3 peratus, negara Arab (22.3 peratus), negara Afrika (11.3 peratus), dan Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Australia (3.2 peratus)," menurut pihak berkuasa itu.
Statistik itu menunjukkan jumlah ketibaan jemaah haji tertinggi adalah melalui lapangan terbang dengan 1,546,345 orang diikuti darat (60,251) dan pelabuhan (4,714).
Dalam pada itu, jumlah jemaah haji yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Mekah pada musim haji tahun ini ialah sebanyak 322,901 orang.
Sementara itu, pihak berkuasa berkenaan juga menyatakan antara objektif pengumpulan data terperinci ini adalah bagi menyokong pembuat keputusan dalam mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah haji.
"Statistik ini menyumbang kepada penilaian perkhidmatan disediakan oleh entiti yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat kepada jemaah haji," menurut pihak berkuasa itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji 2024
#jemaah haji
#Umat Islam
#Inisiatif Laluan Mekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan