awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 10,000 rumah terjejas banjir di Selangor akhir tahun lepas

Bernama
Bernama
14/03/2022
13:32 MYT
Lebih 10,000 rumah terjejas banjir di Selangor akhir tahun lepas
Rumah terjejas akibat banjir itu terbahagi kepada kerosakan kecil dengan nilai kerosakan tidak lebih RM5,000; kerosakan sederhana (nilai kerosakan tidak lebih RM15,000) dan kerosakan penuh (nilai kerosakan tidak lebih RM56,000). - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan sebanyak 10,783 unit kediaman terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu pada penghujung tahun lepas dengan daerah Klang, Kuala Langat, Petaling dan Hulu Selangor mencatatkan jumlah tertinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Rodziah Ismail berkata rumah terjejas akibat banjir itu terbahagi kepada kerosakan kecil dengan nilai kerosakan tidak lebih RM5,000; kerosakan sederhana (nilai kerosakan tidak lebih RM15,000) dan kerosakan penuh atau 'total lost' (nilai kerosakan tidak lebih RM56,000).
"Kebanyakan rumah terjejas ini berada di bawah kerosakan RM15,000. Skop kerosakan adalah seperti pintu rumah, tingkap, struktur kecil, jeriji, sengkuap dan sebagainya. Sebanyak 44 buah rumah termasuk dalam kategori ketiga.
"Kesemua rumah itu akan dibina semula dengan peruntukan dalaman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi rumah di kawasan bandar dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi rumah kawasan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja melihat perkembangan program baik pulih dan bina baharu untuk mangsa banjir di Selangor.
Tambah Rodziah proses penyiapan baik pulih dan bina baharu itu dijangka selesai sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor untuk melihat keadaan kestabilan cerun yang ada terutamanya di kawasan sensitif seperti di Ampang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#Selangor
#rumah rosak
#Kerajaan Negeri Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan