Lebih 100 golongan belia celik teknologi hadir dalam program #TanyaGomen bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berdiskusi dengan menteri secara santai.
Program yang dilihat ala-ala suasana sembang santai di kedai kopi itu, memperlihatkan sesi diskusi selama sejam yang dikendalikan oleh Zan Azlee, seorang wartawan 'New Media' dari Fat Bidin Media di bangunan Platinum Sentral, KL Sentral.
Antara topik yang menarik dalam program itu, adalah hala tuju negara dalam menambahbaik perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas dan efisyen.
Ahmad Shabery berkata Malaysia sedang menuju untuk mencapai perkhidmatan kelajuan jalur lebar yang boleh mencecah lebih 25 Megabit sesaat (Mbps).
Beliau berkata ekoran pelaburan untuk menambahbaik infrastruktur jalur lebar memerlukan kos yang tinggi, ia akan mengambil masa untuk dilaksanakan.
"Harga untuk menanam satu kilometer kabel fiber optik di dalam tanah adalah dianggarkan mencecah RM200,000, manakala harga sebuah menara pemancar pula adalah di antara RM1 juta hingga RM5 juta.
"Memang pelaburan dalam menambahbaik kelajuan internet adalah terlalu tinggi namun semua itu sedang direalisasikan untuk memberi perkhidmatan jalur lebar yang terbaik kepada orang ramai," kata Ahmad Shabery.
Di samping itu, antara topik lain yang mendapat perhatian adalah kadar caj perkhidmatan jalur lebar yang dikatakan tinggi dan tidak berkemampuan bagi golongan belia.
Ahmad Shabery mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi (telco) telah bersetuju untuk mengurangkan caj perkhidmatan jalur lebar mereka sekurang-kurangnya enam peratus daripada harga asal bagi menggalakkan penggunaan internet dalam kalangan orang ramai.
Katanya, perkara itu diputuskan setelah beberapa siri perbincangan dengan pihak telco diadakan, dan keputusan itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa sebulan.
Ahmad Shabery, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, turut berkongsi pengalaman beliau ketika turut serta turun padang membantu orang ramai pada musim banjir buruk di Terengganu tahun lepas.
Dalam perkongsian itu, beliau turut menegaskan bahawa betapa pentingnya kemajuan teknologi dan komunikasi dalam operasi menyelamat mangsa banjir.
Di samping itu juga, Ahmad Shabery turut menekankan kepentingan melahirkan ramai bakat karyawan baharu khususnya golongan muda dalam industri kandungan kreatif di peringkat global.
Bernama
Fri Apr 03 2015
Ahmad Shabery berkata Malaysia sedang menuju untuk mencapai perkhidmatan kelajuan jalur lebar yang boleh mencecah lebih 25 Megabit sesaat (Mbps). - Gambar Fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Penjagaan kesihatan warga emas perlu sistematik - Dr Subramaniam
Kerajaan sedang menggubal Akta Penjagaan Kesihatan Warga Emas bagi kepentingan penjagaan warga tua.
Lebih 100 belia hadir diskusi 'Tanya Gomen' bersama Ahmad Shabery
Lebih 100 golongan belia celik teknologi hadir dalam program #TanyaGomen bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berdiskusi dengan menteri secara santai.