awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2024
01:00 MYT
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Antara pelajar sekolah menengah yang berjaya diselamatkan tentera Nigeria. - Foto AP
KURIGA: Lebih 100 pelajar Nigeria yang diculik pada awal Mac lalu dibebaskan oleh tentera dan pulang ke komuniti mereka di negeri barat laut Kaduna pada Khamis.
Tentera Nigeria bertindak menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak AS$690,000.
Penculikan 287 pelajar pada 7 Mac di Kuriga adalah penculikan besar-besaran pertama di negara paling ramai penduduk di Afrika itu sejak 2021 apabila lebih 150 pelajar diambil dari sebuah sekolah menengah di Kaduna.
Penculikan pelajar di Nigeria bermula lebih sedekad lalu apabila kumpulan Boko Haram menculik 276 gadis dari sebuah sekolah di Chibok di timur laut negeri Borno.
Beberapa gadis masih belum dibebaskan.
Penculikan oleh kumpulan penjenayah yang menuntut wang tebusan telah menjadi kejadian biasa terutamanya di utara Nigeria, memecah belahkan keluarga dan komuniti yang terpaksa mengumpul simpanan untuk membayar wang tebusan.
Terdapat keluarga yang terpaksa menjual tanah, haiwan ternakan dan bijirin bagi menjamin pembebasan orang tersayang.
Topic Berkaitan
#penculikan pelajar
#wang tebusan
#Sekolah Menengah
#Boko Haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan