awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 ribu unit PPA1M akan dibina di seluruh negara

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
20/12/2013
03:47 MYT
Lebih 100 ribu unit PPA1M akan dibina di seluruh negara
Majlis cabutan undi PPA1M Siri 2 di Putrajaya
Lebih 100,000 unit Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) akan dibina di semua bandar-bandar besar di seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, ia susulan permintaan melebihi tawaran PPA1M di lokasi perintis di Putrajaya.
"Ramai penjawat awam didapati tidak memiliki rumah terutama mereka yang baru bekerja,kita akan bina perumahan untuk mereka dalam masa lima tahun.
"Putrajaya menjadi kawasan perintis, pemohon juga tidak perlu risau kepada harga kerana ia diklasifikasi sesuai dengan kemampuan," katanya.
Dr. Ali berkata demikian pada majlis cabutan undi PPA1M Siri 2 di Putrajaya. Turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.
Sebanyak 1,062 unit Pangsapuri Seruling, Presint 5 diperuntukkan untuk pemohon yang layak melalui cabutan undi siri ke 2 PPA1M.
PPA1M Seruling, Presint 5 dibangunkan Putrajaya Holding Sdn.Bhd dan dijadual siap pada Disember 2015.
Perbadanan Putrajaya akan membangunkan 10,639 unit PPA1M Fasa 1 dengan harga mampu milik serendah RM150,000 sehingga RM300,000 dalam tempoh 2013 -2018.
Kesemua pemohon akan memiliki PPA1M secara berperingkat-peringkat melalui beberapa siri cabutan yang dirancang.
Keputusan dan senarai nama pemohon bagi sesi cabutan PPA1M Siri 2 boleh disemak di laman sesawang Perbadanan Putrajaya www.ppj.gov.my atau www.putrajaya.gov.my pada 30 Disember ini.
Topic Berkaitan
#Dr. Ali Hamsa
#Projek Perumahan Awam 1Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan