awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 sekolah di Kelantan mohon khidmat pengiring keluarkan BAP

Bernama
Bernama
18/01/2023
09:09 MYT
Lebih 100 sekolah di Kelantan mohon khidmat pengiring keluarkan BAP
Muhamad Zaki berkata permohonan itu dibuat oleh guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula minggu lepas. - Fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Lebih 100 sekolah di Kelantan membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat pegawal pengiring bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di bank.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata permohonan itu dibuat oleh guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula minggu lepas.
"Pihak polis mengambil perhatian serius terhadap permohonan berkenaan kerana ia membabitkan sejumlah wang yang besar.
"Kita nasihatkan supaya pihak sekolah buat permohonan ini untuk menjamin keselamatan ketika mengambil wang," katanya kepada pemberita selepas Program Engagement Kor-Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS)/SISKOR/ SISPA/PALAPES Darat dan Laut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama pelajar SMK Raja Sakti, di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata selain pihak sekolah, pihak lain yang memerlukan perkhidmatan pengiring untuk mengambil wang dalam jumlah yang besar juga boleh membuat permohonan berkenaan.
"Permohonan ini perlu dibuat awal bagi memudahkan pihak polis untuk membuat perancangan termasuk untuk mengelakkan waktu puncak yang akan berlakunya kesesakan jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan awal persekolahan
#pengawal pengiring
#Ketua Polis Kelantan
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan