NATIONAL
Lebih 10,000 banjiri Dataran Bandaraya Ipoh sambut Ambang Merdeka

Kemeriahan luar biasa itu dirasai segenap lapisan masyarakat selepas dua tahun disambut secara sederhana susulan kekangan pandemik COVID-19. -Astro AWANI
IPOH: Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Dataran Bandaraya Ipoh seawal jam 6 petang bagi menyaksikan sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2022, di sini, malam tadi.
Kemeriahan luar biasa itu dirasai segenap lapisan masyarakat selepas dua tahun disambut secara sederhana susulan kekangan pandemik COVID-19.



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama-sama isteri Datin Seri Aezer Zubin turut hadir meraikannya, di samping kehadiran barisan Exco Perak.
Kemuncak majlis bermula pada jam 11 malam, dengan disusuli ucapan perasmian yang disampaikan oleh Saarani.

Ujarnya, ia mengambil semangat Keluarga Malaysia yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Akhir ucapan, beliau seterusnya menyerahkan Jalur Gemilang kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh untuk dikibarkan.

Kemudian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang dinyanyikan beramai-ramai diikuti dengan pertunjukan bunga api.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami