awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 12,000 individu di Terengganu terlibat dengan dadah tahun lepas

Bernama
Bernama
18/04/2025
14:45 MYT
Lebih 12,000 individu di Terengganu terlibat dengan dadah tahun lepas
Shamsul Anuar (tengah) pada sidang media pada Program Ramah Mesra Klien AADK di UniSZA hari ini. - Gambar Bernama
KUALA NERUS: Sebanyak 12,004 individu di Terengganu telah dikesan terlibat dalam aktiviti penagihan dan penyalahgunaan dadah sepanjang 2024, menjadikan ia antara negeri tertinggi di Pantai Timur.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mencatatkan jumlah tangkapan penagih dan penyalahguna dadah serta bahan terlarang paling banyak iaitu 2,948 orang, diikuti Besut (1,897) dan Kemaman (1,852 orang).
Bagi jenis dadah pula, beliau berkata Ampethamine Type Stimulants (ATS) seperti pil kuda dan syabu mencatatkan penggunaan tertinggi iaitu 84.6 peratus dan diikuti dadah jenis Opiat (14 peratus) serta ganja (0.8 peratus).
"Lebih membimbangkan apabila aktiviti penagihan dan penyalahgunaan dadah ini turut melibatkan golongan berpendidikan dengan 42.3 peratus individu yang dikesan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (0.5 peratus), manakala sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (0.3 peratus)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Ramah Mesra Klien Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri di Dewan Kuliah Utama, Universiti Sultan Zainal Abidin di sini hari ini.
Shamsul Anuar berkata kerajaan sentiasa memandang serius usaha menangani penyalahgunaan dadah di negara ini hingga tertubuhnya jawatankuasa membanteras masalah tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pada 2024 juga telah memperluaskan lagi akses kepada penagih dadah untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan bagi masalah ketagihan bahan terlarang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#ganja
#bahan terlarang
#pil kuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan