awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 14,000 individu diisytihar bankrap dilepaskan - Razali

Bernama
Bernama
14/03/2018
10:47 MYT
Lebih 14,000 individu diisytihar bankrap dilepaskan - Razali
RAZALI: Kerajaan menyasarkan lebih ramai individu bankrap dapat dilepaskan kerana bilangan mereka yang tinggi boleh menjejaskan produktiviti negara. - Foto BERNAMA/Fail
Seramai 14,108 individu yang diisytiharkan bankrap berjaya dilepaskan daripada status tersebut sepanjang tempoh 2013 hingga tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, jumlah itu merupakan 14.2 peratus daripada 100,610 individu yang diisytiharkan bankrap bagi tempoh sama.
"Daripada jumlah tersebut, 69.1 peratus adalah lelaki dan 30.9 peratus adalah wanita," katanya ketika menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berkenaan perkara itu.
Razali berkata, kerajaan menyasarkan lebih ramai individu bankrap dapat dilepaskan kerana bilangan mereka (bankrap) yang tinggi boleh menjejaskan produktiviti negara.
Justeru, katanya dengan adanya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan kelulusan pindaan Akta Kebankrapan 2016 tahun lepas, misi tersebut diharap dapat dicapai.
Di bawah pindaan Akta Kebankrapan 2016, jumlah maksimum bankrap dinaikkan kepada RM50,000 daripada RM30,000 sebelum ini.
Akta yang diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat pada 29 Mac tahun lepas itu juga memberi perlindungan kebankrapan terhadap penjamin sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPK
#Akta Kebankrapan 2016
#bankrap
#Dewan Rakyat
#Razali Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan