SHAH ALAM: Sebanyak 175,909 saman aktif membabitkan kenderaan komersial barangan masih belum dilunaskan sejak 2018, kata Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.
Katanya jumlah itu juga menunjukkan ketirisan kepada pematuhan undang-undang jalan raya dan JPJ akan memastikan agar pihak terbabit dapat menyelesaikan saman-saman ini supaya pemutihan dapat dilaksanakan kepada pemandu dan syarikat.
"Apabila saman dikeluarkan kita telah memberi tempoh tertentu untuk mereka menyelesaikan, namun mereka masih gagal melaksanakannya.
Justeru operasi yang bermula awal hingga akhir bulan ini adalah tindakan susulan oleh JPJ untuk mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan," katanya kepada media pada Majlis Pelancaran dan Pelaksanaan Operasi Kenderaan Komersial, di sini pada malam Isnin.
Dalam pada itu, mengenai operasi yang dilaksanakan malam ini, beliau berkata setakat kira-kira lebih satu jam pelaksanaan operasi itu sebanyak 55 buah lori diambil tindakan.
Katanya daripada sejumlah 239 kesalahan yang dikesan, 23 kesalahan daripadanya adalah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh.
"Tuan-tuan bayangkan 23 orang ini tidak mempunyai lesen memandu (atau lesen tamat tempoh) tetapi masih lagi membawa kenderaan komersial yang mengundang bahaya bukan hanya kepada mereka sendiri tetapi pengguna jalan raya lain terutamanya kenderaan kecil.
Kita selalu lihat, apabila kemalangan membabitkan kenderaan komersial pemandu ini tidak mengalami cedera parah, tetapi pengguna kenderaan kecil akibat kelalaian dan ketidakpatuhan undang-undang para pemandu ini," katanya.
Dalam pada itu, mengenai Ops Khas Motosikal yang dilaksana sepanjang bulan lepas, Lokman berkata 135,446 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan termasuk tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu yang sah dan melanggar isyarat lalu lintas.
Selain itu katanya, JPJ turut menyita 6,567 buah motosikal yang diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya.
Katanya Ops Khas Motosikal itu memperlihatkan trend kesedaran yang rendah terhadap pematuhan peraturan keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna motosikal berumur 16 hingga 35 tahun yang berkorelasi dengan rekod kemalangan dan kematian yang tinggi pengguna motosikal di negara ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Lokman (kanan) memeriksa tayar kenderaan berat pada Majlis Pelancaran dan Pelaksanaan Operasi Kenderaan Komersial di Plaza Tol Kemuning Lebuh Raya KESAS pada Isnin. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r

Delhi larang kemasukan teksi dari negeri lain ekoran kualiti udara semakin buruk
Pihak berkuasa tempatan pada Rabu mengumumkan bahawa teksi berasaskan aplikasi dari negeri lain tidak dibenarkan memasuki Delhi.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan bermain papan selaju di jalan awam berbahaya - Polis
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

Satu kematian setiap 90 minit akibat kemalangan jalan raya pada 2022 - Statistik
Satu kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di Malaysia dalam tempoh setiap 90 minit tahun lalu.

Penyelarasan antara agensi perlu dalam laksana penyelenggaraan jalan raya - Ahli akademik
Setiap agensi terlibat dalam penyelenggaran jalan raya, perlulah melaksanakannya secara bersepadu bagi mengatasi isu kesesakan apabila jalan raya atau lebuh raya ditutup ketika kerja-kerja dijalankan.

Selenggara kenderaan dan diri sendiri sebelum balik kampung
Bukan sahaja kereta perlu dipastikan selamat, malah pengguna jalan raya juga perlu berada dalam keadaan sihat dan cukup tidur.

Bandar London paling sesak di dunia
Kesesakan tersebut turut menyebabkan tempoh masa yang hilang akibat kesesakan di bandar tersebut adalah lima peratus melebihi paras prapandemik.

370,000 kemalangan direkod ketika pandemik COVID-19
Lebih malang lebih 1,000 kematian yang direkodkan pada tahun 2019 melibatkan kanak-kanak bawah 18 tahun.

Islam tuntut patuhi undang-undang, jauhi kegiatan merempit
Denda bagi kesalahan lalu lintas harus ditambah supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu.