awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 18 tan makanan, minuman diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/04/2023
13:29 MYT
Lebih 18 tan makanan, minuman diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kempen itu dapat menyelesaikan dua masalah sekali gus. - Astro AWANI
IPOH: Sejumlah 18,276.89 kilogram makanan dan minuman berjaya diselamatkan daripada peniaga bazar Ramadan di seluruh negara melalui pelaksanaan kempen MySaveFood @ Ramadan 2023 sehingga Selasa.
Dalam masa yang sama, kesemua makanan itu dapat diedarkan kepada golongan yang memerlukan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kempen itu dapat menyelesaikan dua masalah sekali gus.
Menurutnya, dua masalah itu ialah mengelakkan pembaziran dan membantu golongan yang memerlukan makanan.
“(Makanan dan minunan) diselamatkan dan diberikan kepada yang memerlukan sebab mereka tak beri pada masjid atau rumah anak yatim, sebab memang selalu ada lambakan di bulan Ramadan di situ.
“Apa yang mereka buat ialah mencari orang-orang yang memerlukan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Bazar Ramadan Taman Cempaka, di sini, hari ini.
Menurut Fuziah, selain itu, pihak KPDN sendiri telah bekerjasama dengan dua buah hotel dan berjaya menyelamatkan hampir 800 bungkusan makanan.
Katanya, bungkusan makanan itu kemudiannya diagihkan kepada penuntut yang memerlukan.
Beliau berharap kempen itu dapat diteruskan di masa akan datang, bukan sahaja ketika bulan Ramadan.
Sementara itu, beliau memberitahu, kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah dijangka dapat diselesaikan Jun ini.
Menurutnya, selepas itu, barulah kementerian akan mengumumkan sebarang bentuk inisiatif yang mungkin akan diberikan di bawah Payung Rahmah.
Terdahulu, Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementerian perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.
Menurutnya, ia berikutan, kementerian itu memerlukan fakta atau data yang tepat sebelum suatu keputusan dilakukan terhadap inisiatif berkenaan.
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#MySaveFood Ramadan 2023
#kpdn
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan