SEREMBAN: Sebanyak 19,428 premis diperiksa di seluruh negara dalam Ops Pantau bermula 12 Mac hingga semalam membabitkan nilai rampasan lebih RM400,000, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata daripada jumlah itu 81 kes dikesan menerusi 566 laporan diterima melibatkan pelbagai kategori aduan.
"Antara kesalahan diambil tindakan meliputi kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan.
"KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) mengambil perhatian serius terhadap saranan diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di peringkat lapangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan walkabout Bazar Ramadan Rahmah Peringkat Negeri Sembilan di Bazar Ramadan Rahmah Garden Homes (Tapak A), di sini.
Beliau berkata kementerian juga menggerakkan anggota di peringkat ibu pejabat dan negeri bagi pemantauan dan penguatkuasaan di lapangan selain bekerjasama dengan badan sukarelawan seperti Hero Pengguna, Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan badan bukan kerajaan (NGO) pengguna.
Ops Pantau bertujuan memantau aktiviti perniagaan sepanjang Ramadan dan Syawal dengan penguatkuasaan dijalankan secara berfokus di bazar Ramadan dan Aidilfitri, pasar awam dan basah, pasar raya besar, kedai runcit dan penjualan dalam talian.
Sementara itu, berhubung cadangan penguatkuasaan pemantauan harga diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi isu harga beras, beliau berkata perkara itu di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
"Saya baca laporan itu, contoh yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh adalah berkaitan beras, Akta Kawalan Padi dan Beras di bawah kawal selia KPKM dan agensi penguat kuasa ialah Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri boleh mencadangkan perkara itu kepada KPDN sekiranya dirasakan wajar dan mungkin projek rintis dijalankan di Melaka.
Berkenaan isu harga makanan meningkat mendadak di bazar Ramadan, beliau menyarankan pengguna melaporkan hal itu kepada KPDN.
"Bagi peniaga melakukan pencatutan, kita mengeluarkan notis dan mereka perlu menjawab struktur kos sehingga menyebabkan harga dijual terlalu tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Ops Pantau bertujuan memantau aktiviti perniagaan sepanjang Ramadan dan Syawal dengan penguatkuasaan dijalankan secara berfokus di bazar Ramadan dan Aidilfitri, pasar, kedai runcit dan penjualan dalam talian. - Gambar hiasan
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
KPDN periksa 17,920 premis menerusi Ops Pantau
Sebanyak 17,920 buah premis telah diperiksa sejak 23 Mac hingga semalam di seluruh negara, dalam pelaksanaan Op Pantau 2023 oleh pihak KPDN.
Ops Pantau: KPDNHEP rampas barangan lebih RM13.32 juta
Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu adalah bagi pencapaian tahun 2022, berdasarkan statistik sehingga Mac dan sebanyak 6,706 aduan telah diterima dengan 89.61 peratus aduan berjaya diselesaikan.
Ops Pantau: KPDNHEP Selangor keluarkan 51 kompaun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan sebanyak 51 kompaun kepada peniaga dalam Ops Pantau di sekitar negeri ini sejak 3 April lepas.