awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 2 juta kenderaan guna lebuh raya PLUS Jumaat ini

Asyraf Malik
Asyraf Malik
29/12/2025
13:24 MYT
Lebih 2 juta kenderaan guna lebuh raya PLUS Jumaat ini
Kepadatan tinggi jumlah kenderaan di atas lebuh raya ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meramalkan sejumlah 2.2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh raya kendaliannya pada waktu puncak pada 2 Januari 2026 sempena cuti persekolah akhir tahun.
Tren kepadatan pengguna lebuh raya ini berterusan sejak waktu puncak Ahad lalu (28 DIsember) sempena perayaan Krismas dengan jumlah trafik termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dicatatkan pada 2 juta.
Laluan-laluan utama yang mencatat trafik tinggi antaranya di Jambatan Pulau Pinang, Sungai Dua dan Juru (Wilayah Utara), Kempas, Taman Perling, Skudai (Wilayah Selatan) dan Sungai Besi, Jalan Duta, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (Wilayah Tengah).
Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal menerusi jadual perjalanan digital, MyPLUS-TTA di aplikasi PLUS sepanjang musim cuti ini.
"Mengambil kira keadaan cuaca yang tidak menentu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan berhati-hati memandu ketika hujan.
"Pastikan kenderaan telah diselenggara dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, dapatkan rehat selepas setiap dua jam pemanduan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R)," kata Yusuf, ketika dihubungi Astro AWANI, pada Isnin.
Setakat jam 8.27 malam Isnin, Portal Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan beberapa lokasi mencatatkan aliran perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS-E1), antaranya meliputi Juru Auto City ke Permatang Pauh, dan Tapah ke Gopeng bagi laluan arah utara.
Bagi laluan arah selatan, trafik sesak melibatkan Bandar Baharu ke Alor Pongsu, Terowong Meru ke Ipoh Utara dan Tapah ke Sungkai.
Selain itu, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS-E2), trafik perlahan sekitar Simpang Renggam ke Sedenak dan Sedenak ke Senai Utara.
Topic Berkaitan
#PLUS Malaysia Berhad
#Lebuhraya Utara Selatan
#kesesakan lebuh raya
#Mohd Yusuf Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan