awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina

Bernama
Bernama
27/03/2024
10:40 MYT
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun.
"Urusan pengambilan ini akan berterusan bagi 2024 dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah di bawah KPM," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Selain itu, Fadhlina berkata buat masa ini KPM tidak bercadang untuk mengkaji semula dasar sekolah vernakular dengan mewujudkan sistem pendidikan satu aliran.
Beliau berkata dasar pendidikan sedia ada diteruskan dan tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk merapatkan jurang antara sekolah dalam negara bagi memastikan perpaduan nasional dapat dicapai melalui pendidikan.
"Dalam konteks ini, sekolah jenis apa pun kita tidak melihat ia sebagai satu halangan untuk menggalakkan perpaduan. Malah, ia sebagai ruang terbaik untuk kita bersama-sama memberikan ruang kefahaman dan pengukuhan agenda perpaduan dalam kalangan anak murid.
"Saya sangat percaya dan optimis bahawa ke hadapan ini, generasi yang kita lahirkan benar-benar boleh buat apresiasi kepada perpaduan dengan pendekatan-pendekatan yang kita ambil ketika ini," katanya.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika menggulung usul sama berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha mewujudkan satu garis panduan bagi penguasaan bahasa Inggeris berasaskan Common European Framework of Reference For Languages yang digunakan di peringkat antarabangsa.
"Garis panduan ini akan digunakan oleh para pensyarah dan guru bahasa di universiti awam bagi membangunkan kertas ujian penilaian dan pentaksiran bahasa Inggeris bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar berlandaskan standard antarabangsa," katanya.
Selain itu, beliau memaklumkan KPT melalui Majlis Dekan Fakulti Perubatan Universiti Awam Malaysia sedang merangka pelan strategik latihan kepakaran perubatan bagi memenuhi keperluan pakar perubatan dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu kekurangan guru
#Kementerian Pendidikan
#Fadhlina Sidek
#guru baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan