MELAKA: Seramai 20,951 siswa di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menerima manfaat menerusi 28 Food Bank Malaysia (FBM) Siswa yang diwujudkan di seluruh negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata FBM Siswa merupakan salah satu inisiatif dilaksanakan kerajaan sejak 2018 bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat selain mengurangkan isu pembaziran makanan yang masih boleh dimakan.
"Program ini telah diperhalusi lagi dengan pelaksanaan model baharu agar mampu memberi impak positif kepada golongan memerlukan selain membantu rakan industri menguruskan lebihan makanan secara lebih sistematik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pusat Pengagihan dan Pengumpulan Barang FBM KPDNHEP Cawangan Melaka yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan turut dihadiri Exco Perpaduan, Penerangan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.
Pusat Pengagihan dan Pengumpulan Barang itu juga hasil kerjasama Yayasan Al-Manjie dan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Negeri Melaka sebagai Rakan Strategik Utama (RSU).
Azman berkata kerjasama strategik dengan badan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber berkenaan secara bersama untuk manfaat golongan memerlukan.
Katanya sehingga kini terdapat enam Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Food Bank Malaysia di KPDNHEP bagi memudahkan mana-mana pihak atau NGO yang ingin menghulurkan sumbangan selain menjadi lokasi untuk golongan memerlukan mendapatkan sumbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Program ini telah diperhalusi lagi dengan pelaksanaan model baharu agar mampu memberi impak positif kepada golongan memerlukan. - Foto fail/BERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.
Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.
Pendidikan Malaysia berkembang dengan penekanan terhadap Industri 4.0
Perkembangan ini penting untuk menetapkan hala tuju masa depan IPT di negara ini dan menyelaraskannya dengan aspirasi negara.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi teliti kursus pengajian IPT agar tidak bertindih
Ia akan dibincangkan segera termasuk dalam mesyuarat pasca kabinet, supaya dapat menangani isu kekurangan pelajar dan bebanan kos.