LEBIH 22,000 warga maya menandatangani petisyen dalam talian bagi membantah dakwaan tindakan tatatertib ke atas seorang guru sekolah rendah di sebuah daerah di Selangor setakat jam 12 tengah hari ini.
Petisyen yang diwujudkan individu bernama Jamal Yunuh di laman web change.org bertajuk 'Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh' itu mula mendapat sambutan sejak semalam.
Petisyen berkenaan mengajak orang ramai menyokong perjuangan seorang guru bernama Cikgu Fadli Salleh untuk mendapat keadilan dan memastikan negara menikmati sistem pendidikan yang seimbang.
Cikgu Mohd Fadhli Mohamed Salleh, yang merupakan pendidik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, mendakwa dirinya berdepan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan hantarannya di platform media sosial yang menyuarakan pandangan berhubung beberapa isu melibatkan sistem pendidikan negara.
Dia mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana 'mengkritik' isu melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dalam kenyataan pada Ahad bagaimanapun berkata, surat tersebut tidak bermaksud hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib, sebaliknya bertujuan memaklumkan Mohd Fadli berkenaan dakwaan yang diterima lembaga berkenaan.
Selain itu, menurut Pkharuddin, surat tersebut juga bertujuan memaklumkan keperluan Mohd Fadli mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis.
Dalam perkembangan sama, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin memaklumkan menerusi akaun Facebooknya hasratnya untuk bertemu Cikgu Mohd Fadli.
“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh.
"Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa.” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.
Perkara ini turut menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap agar situasi menang-menang dapat dicapai.
Beliau turut berharap perkara positif dapat didengari selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Displin KPM yang bersidang pada Isnin.
Memahami KPM tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan mana-mana kakitangannya membuat komen 'negatif' secara terbuka, namun pada masa sama, beliau berkata, sebarang tindakan atau hukuman yang ditentukan perlulah bersesuaian.
Faida Rahim
Mon Oct 17 2022
Lebih 22,000 tandatangan petisyen sokong Cikgu Fadli Salleh (foto). -Twitter
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lebih 22,000 tandatangan petisyen sokong Cikgu Fadli Salleh
Petisyen yang diwujudkan individu bernama Jamal Yunuh di laman web change.org bertajuk 'Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh' itu mula mendapat sambutan sejak semalam.