CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kerajaan meningkatkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM daripada RM54 juta pada 2022 kepada RM118 juta pada 2023 dan RM244 juta pada tahun ini.
"Ketika saya mula menguruskan hal ini (BSH), jumlah penerima sekitar 6,000 hingga 10,000 veteran, namun kini sudah meningkat kepada lebih 28,000.
"Sudah menjadi tugas kita untuk menjaga kebajikan veteran ini selaras dengan seruan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi teras keenam Dasar MADANI iaitu 'Insan' dan kita benar-benar melaksanakannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Veteran MADANI (PVM) peringkat Pahang di Kampung Kuala Boh di sini hari ini.
Menurut Adly pihaknya berharap bantuan bulanan terbabit dapat meringankan beban veteran ATM tidak berpencen yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar dan berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan.
Dianjurkan Kementerian Pertahanan bersama JHEV ATM, PVM dihadiri Adly hari ini merupakan program julung kali melibatkan veteran dalam kalangan Orang Asli.
Beliau turut membuat lawatan kebajikan terhadap lima veteran ATM dan menyerahkan bakul makanan, susu kesihatan, kit bantuan kebajikan, lampin pakai buang serta sumbangan wang tunai kepada mereka.
Adly turut mengadakan sesi dialog bersama veteran ATM Pahang bagi mendengar isu-isu yang perlu diperhalusi di peringkat JHEV dan kementerian serta penyerahan bakul Rahmah kepada 100 veteran ATM yang hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Adly berkata kerajaan meningkatkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM daripada RM54 juta pada 2022 kepada RM118 juta pada 2023 dan RM244 juta pada tahun ini. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.
Mindef sasar salur geran SPKLB kepada 200 usahawan veteran tahun ini
Mindef juga bekerjasama dengan KSM dan kementerian yang lain untuk menyediakan peluang pendapatan baharu selain keusahawanan.
Lebih 28,000 veteran ATM tidak berpencen terima Bantuan Sara Hidup
Sebanyak 28,828 daripada 41,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM300 sebulan, setakat 30 April lepas.
Pakar bedah pusat perubatan Universiti New York lakukan pemindahan pertama keseluruhan mata
Pasukan pembedahan dari NYU Langone Health melakukan pemindahan pertama keseluruhan mata dan separa muka ke atas seorang veteran tentera berusia 46 tahun.
Isu kelangsungan hidup veteran tentera, 'scammer' tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Segamat minta Menteri Pertahanan nyatakan skop pemerkasaan yang dilaksanakan terhadap kelangsungan hidup veteran tentera.
Kementerian Pertahanan sasar 200 usahawan veteran terima bantuan geran - Adly
Bantuan itu antara lain bertujuan memberi suntikan modal bagi usahawan untuk mengembangkan perniagaan sekali gus menambah pendapatan.
Permohonan cadangan diteruskan PKKP akan diperhalusi- Adly
Kerajaan tetap meletakkan kebajikan veteran tentera sebagai keutamaan, walaupun terdapat perubahan atau penyelarasan dalam pemberian pencen kepada bekas anggota.
MINDEF perkasa pangkalan data, selesaikan isu kebajikan veteran - Adly
Portal Vibes 2.0 dijangka memberikan manfaat kepada lebih 200,000 veteran ATM dan waris.
Tidur dengan mayat komunis masih terpahat di ingatan veteran tentera Wok
Kejadian berlaku ketika beliau bersama anggota platun lain mengikuti operasi menjejak komunis di kawasan hutan di Batu Gajah, pada 1957.