Lebih 3,000 etnik Benggali Muslim dari Bangladesh 'menyamar' menjadi pelarian Rohingya bagi mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), sejak 10 tahun lalu.
Menurut Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah Mohd Noor Abu Bakar, etnik berkenaan yang tinggal di wilayah kejiranan Chittagong, di Bangladesh, yang bersempadan dengan Myanmar, menggunakan ciri-ciri rupa paras dan warna kulit serta bahasa yang hampir sama dengan etnik Rohingya bagi mendapatkan kad UNCHR.
Melalui cara itu, etnik Benggali Muslim ini didakwa berlatih menggunakan loghat Rohingya dan bersiap sedia dengan soalan-soalan yang akan diajukan penemuduga UNHCR, bagi mendapatkan kad UNHCR tersebut.
Malah mereka juga mendakwa berasal dari Maungdaw, sebuah kawasan di negeri Rakhine, Myanmar yang banyak diduduki oleh etnik Rohingya, katanya.
Katanya kad UNHCR tersebut 'laku' bagi tujuan mencari pekerjaan di Malaysia, yang dianggap mereka sebagai lubuk emas kerana kestabilan dasar dan peluang pekerjaan yang luas.
"Etnik ini (Benggali Muslim) yang duduk bersempadan dengan Myanmar, masuk ke negeri Rakhine dan kemudian menyertai etnik Rohingya untuk menaiki bot ke Malaysia. Sedangkan mereka bukanlah pelarian," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata jika benar dakwaan tersebut, Persatuan Rohingya perlu mengambil langkah segera dengan membantu UNCHR mengenal pasti etnik Rohingya yang sebenarnya.
"Mereka (Persatuan Rohingya) perlu duduk berbincang dengan UNCHR dan maklumkan perkara ini kerana mereka lebih mengenali etnik Rohingya," katanya.
Ini kerana, katanya, dasar Malaysia menerima pelarian bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main, sebaliknya ia atas dasar perikemanusiaan.
"Jika tidak Malaysia tidak patut buka pintu kepada pelarian-pelarian yang mengambil kesempatan ini. Kita tidak mahu mereka mendatangkan masalah kepada negara," katanya.
Bernama
Mon Mar 14 2016
Terdapat etnik tertentu yang menggunakan ciri-ciri rupa paras dan warna kulit serta bahasa yang hampir sama dengan etnik Rohingya bagi mendapatkan kad UNCHR. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Lebih 3,000 etnik Benggali Muslim menyamar jadi Rohingya dapatkan kad UNHCR
Mereka juga mendakwa berasal dari Maungdaw, sebuah kawasan di negeri Rakhine, Myanmar yang banyak diduduki oleh etnik Rohingya.